Tahniah UMT! Tersenarai di dalam 200 universiti terbaik Asia
Published byUNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menduduki senarai dalam 200 universiti terbaik di Asia. Kejayaan itu berdasarkan Laporan QS Asia University Rankings 2021. UMT melonjak kepada kedudukan 195 iaitu meningkat kelompok 200 universiti terbaik Asia. : KitaReporters
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) antara terbaik di Asia
Lagi laporan-laporan berkaitan UMT:
https://kitareporters.com/search?search=UMT
Ia meningkat sebanyak 48 tangga berbanding penarafan pada 2019. Ini merupakan pencapaian terbaik UMT sepanjang penubuhannya.
QS Asia University Rankings menilai universiti di Asia melalui 11 petunjuk antaranya reputasi, penyelidikan dan pengantarabangsaan. Apa yang lebih membanggakan, UMT menunjukkan peningkatan ketara bagi 10 daripada 11 petunjuk yang dinilai.
Poster ucapan tahaniah kepada UMT kerana kejayaan menduduki senarai ke 195 di Asia
Pencapaian tersebut juga memberi gambaran bahawa UMT diiktiraf oleh akademia antarabangsa dan juga industri memandangkan penarafan QS melibatkan tinjauan daripada kedua-dua pihak.
Kedudukan 195 Asia ini
dicapai seiring dengan sasaran kedudukan 200 Asia seperti yang ditetapkan dalam Pelan Strategik UMT (PSUMT) 2018-2022 bagi tahun 2020.
PSUMT merupakan rujukan utama yang mengandungi strategi menyeluruh bagi meneruskan kecemerlangan UMT sebagai sebuah universiti yang memfokuskan ilmu kelautan dan sumber akuatik.
Profesor Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar
Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, UMT akan terus melaksanakan strategi-strategi yang telah dirangka bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Katanya, kedudukan UMT dalam kalangan 200 universiti terbaik Asia dilihat mampu menarik lebih ramai pelajar antarabangsa, meningkatkan kolaborasi bersama penyelidik luar negara dan memperluaskan jaringan kerjasama dengan industri. Di samping itu, pencapaian ini menonjolkan keterlihatan citra UMT di peta dunia.
Pencapaian ini, katanya, merupakan satu pengiktirafan kepada hasil usaha warga UMT yang menunjukkan budaya kerja yang tinggi mutunya, di samping komited di dalam memastikan strategi PSUMT yang direncana dapat dilaksanakan dengan baik.
“Pemerkasaan berterusan terhadap penyelidikan, pengajaran, pengantarabangsaan dan citra universiti akan terus menjadi tumpuan utama UMT bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan penarafan tetapi juga pemegang-pemegang taruh yang lain seperti mana terkandung di dalam pelan strategik universiti,” katanya dalam satu kenyataan media pada 25 November 2020.
Beliau berkata, UMT percaya
perlu ada keseimbangan antara pencapaian dalam penarafan antarabangsa dan
juga keperluan memenuhi matlamat utama penubuhan sesebuah universiti dalam
penyebaran dan penciptaan ilmu. - KitaReporters