Bulan Ramadan bulan penuh berkah dan rahmat. Ramai yang berlumba-lumba membuat amal dan kebaikan. 

Ibadah paling popular dilakukan dalam bulan Ramadan selain solat tarawih ialah bersedekah terutama kepada golongan yang memerlukan.

Jadi, tidak hairanlah Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah menerima sumbangan pakaian dari pihak MyFundAction sebanyak 3000 helai pakaian merangkumi baju kanak-kanak, wanita dewasa pelbagai saiz dan pelbagai jenis tudung. 

Kesemua pakaian ini adalah pakaian baharu untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan terutama golongan asnaf dan anak-anak yatim.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan amalan bersedekah

Wakil (dua dari kiri) menerima sijil penghargaan.


Timbalan Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni, Fahmi Azar Mistar yang turut dibantu oleh Penolong Pendaftar Pusat Perhubungan Alumni UPM, Nik Hafzaini Nik Hassan, menyifatkan Program Alumni Putra Jannah sebagai satu program usaha sama komuniti dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersifat menyeluruh dan meluas.

“Kami mengambil pendekatan konsep ‘berkongsi rezeki’. Bagi menyebarluaskan lagi golongan yang dapat dibantu, kami turut melibatkan entiti-entiti lain di Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku rakan strategik kami.  

"Lapan rakan strategik yang terdiri dari Pejabat Pendaftar, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Kolej Sepuluh, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Pertubuhan Yayasan Salak dan Chapter Alumni Yosh UPM, dilihat dapat melancarkan proses agihan menjelang Ramadan dan pakaian ini dijangka selesai kesemua agihannya sebelum umat Islam menyambutkan Hari Raya Aidilfitri nanti. 

"Selain itu jalinan bersama rakan strategik ini juga dilihat dapat memperkukuh jalinan dan hubungan antara universiti dan alumni. Ia seiring dengan slogan “Eratkan Kerjasama Sesama Alumni’ yang mana program-program yang mesra dan melibat sama alumni sama ada secara langsung ataupun tidak langsung akan terus diperluas pada masa akan datang dan setiap entiti mempunyai alumninya yang tersendiri,” ujarnya.


Naib Canselor (tengah) bergambar bersama rakan-rakan strategik.


Fahmi Azar brkata demikian pada majlis simbolik penyerahan yang disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Roslan Sulaiman yang turut dihadiri Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud.

Program ini juga bertujuan membina jaringan industri dan masyarakat yang prihatin kepada pembangunan lestari menerusi sumbangan keperluan asas sebagaimana sasaran keberhasilan Pelan Strategik UPM 2021-2025.  

Selain itu program ini juga bertepatan dengan hasrat Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Roslan Sulaiman dalam Naratif Naib Canselor 2023, ikhtiar ketujuh iaitu Menyatukan Kekuatan Alumni. 

UPM antara universiti yang mempunyai alumni teramai dan pastinya setiap daripada mereka ini mempunyai kekuatan dalam industri yang tersendiri dan perkongsian mereka akan memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada universiti.

Program Alumni Putra Jannah yang diuruskendalikan oleh ARCUPM merupakan program perintis kepada program-program lain bakal menyusul yang melibatkan masyarakat dan komuniti terutama sepanjang Ramadan ini. 

Antaranya, Program Musaadah Ramadan yang terbahagi kepada dua aktiviti iaitu Program Mawaddah Ramadan dan Tautan Mahabbah. - KitaReporters


Wakil dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

15
9
0
11
0

Copy Link: