Sedapnya! Pelajar Sekolah Sultan Alam Shah belajar buat roti, brownies! Bimbingan GiatMara Putrajaya!

Published by
KitaReporters

Siti Hajar Mohd Rabdzi menunjukkan cara adunan untuk membuat roti.

SERAMAI 29 pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya menyertai program asas pembuatan roti dan brownies dengan kerjasama GIATMARA Putrajaya pada 25 hingga 27 Januari 2023 lalu.

Pengurus GIATMARA Putrajaya, Rahimah Mohd Abd Mubin berkata, sepanjang program ini kesemua pelajar mendapat bimbingan dan latihan daripada tenaga pengajar di institut ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pusat GiatMara

Pelajar mula membuat roti.
Katanya, minat dan kesungguhan pelajar dalam menyiapkan roti dan brownies ini pastinya memberi nilai tambah selain daripada bidang akademik yang mereka ikuti di sekolah.

“Walaupun misi kami di sini menyediakan latihan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan melahirkan usahawan bumiputera yang berdaya saing, namun bimbingan kepada pelajar sekolah, institusi pendidikan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyakarat yang memerlukan tetap kami utamakan,” katanya ketika dihubungi.


Roti yang dihasilkan oleh pelajar.


Rahimah berharap kursus yang diikuti ini memberi kegembiraan kepada peserta dan pihak pengurusan sekolah juga. 

GIATMARA menawarkan pengajian percuma kepada rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun dan syarat-syarat lain ialah boleh menulis, membaca dan minat dengan kursus yang mereka mohon. - KitaReporters


Pengurus GIATMARA Putrajaya Rahimah Mohd Abd Mubin (baju biru) bergambar dengan pelajar Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya.
18
11
0
16
0

Copy Link: