Tahniah Prof Ts Dr Norazah Mohd Suki! Profesor Terbaik Pengajian Pemasaran! Anugerah CMO Asia Ke-14!
Published by
KitaReporters
--title--
Profesor Pemasaran dan E-dagang di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Prof. Ts Dr. Norazah Mohd Suki telah dianugerahkan Profesor Terbaik dalam Pengajian Pemasaran pada 14th CMO Asia Award for Excellence in Education yang diadakan di Hotel Pan Pacific, Singapura baru-baru ini.
Anugerah CMO Asia itu disampaikan oleh CMO Asia dengan Konfederasi Perniagaan Asia sebagai rakan kongsi strategik dan Bintang Kumpulan Industri sebagai rakan penyelidikan.
Anugerah tertinggi ini diberikan kepada individu dan institusi yang telah melepasi pelbagai tahap kecemerlangan dan memimpin melalui teladan.
Dr. Norazah berkata, beliau bersyukur atas pencapaian dan pengiktirafan diterima itu. Ia adalah satu penghormatan dan keistimewaan untuk beliau menerima anugerah antarabangsa yang berprestij itu.
“Saya juga berterima kasih kepada OYAGSB dan pihak university yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan untuk terus memberikan yang terbaik,” ujarnya.
Anugerah itu mengiktiraf hasil penyelidikan dan penerbitan berkualiti beliau dalam kajian pemasaran, dengan bilangan sitasi yang tinggi, sekali gus telah mengukuhkan lagi kedudukan dan reputasi UUM pada peringkat antarabangsa.
Pemilihan beliau telah dinilai oleh sekumpulan juri antarabangsa yang telah memilih golongan profesional dan pemimpin dari seluruh dunia berdasarkan kerja dan rekod prestasi mereka yang luar biasa.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan mengucapkan tahniah atas pencapaian beliau yang secara tidak langsung telah mengharumkan nama universiti pada peringkat antarabangsa.
“Universiti berbangga memiliki salah seorang profesor cemerlang yang telah mendapat penghormatan dari sebuah badan antarabangsa. Ini menggambarkan bahawa kedudukan kita sebagai universiti pengurusan terkemuka diiktiraf pada peringkat antarabangsa,” katanya.
Prof. Ts Dr. Norazah juga tersenarai dalam Stanford University's World's Top 2% Scientists and Career-Long Achievements, penerima Malaysia's Research Star Award 2018, Highly Commended Paper in Emerald Literati Network Awards for Excellence 2015 serta 2017 dan pemenang IGI Global Seventh Annual Excellence in Research Journal Award.
Beliau telah menerbitkan lebih 300 kertas kerja dalam bidang pemasaran, keusahawanan, pengurusan perniagaan, dan e-dagang dengan indeks h SCOPUS sebanyak 32. Beliau juga merupakan editor beberapa buku yang diindeks oleh SCOPUS. - KitaReporters
16
12
0
21
0