Tanggungjawab siapa? Perkasa bahasa Melayu! Tahniah UPM! Anjur program Dekad Bahasa Kebangsaan!
Published byTerima atau tidak, kenyataannya bahasa Melayu kini berdepan cabaran getir. Lihat sahaja dalam media sosial yang menjadi tempat pelbagai golongan ‘melepak’ terutama golongan muda sambil berbual menggunakan bahasa yang kadang-kadang langsung tidak difahami.
Bahasa Melayu yang indah dirosakkan dengan bahasa rojak, singkatan dan pelbagai lagi.
Sedih memang sedih tetapi apakah yang kita mampu lakukan? Adakah hanya perlu membiarkan ia terus dirosakkan atau bangkit bersuara agar bahasa jati diri bangsa dimemartabatkan kembali?
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Mungkin bagi sesetengah pihak ia perkara kecil atau tidak mahu ambil peduli kerana bukan masalah mereka.
Namun tidak buat Universiti Putra Malaysia (UPM). Bagi mereka, ia perkara serius dan perlu diambil perhatian agar generasi akan datang tidak memperlekehkan bahasa kebangsaan itu.
Justeru, dari 7 Oktober 2021 hingga 9 Februari 2022 lalu, UPM telah mengadakan program Dekad Bahasa Kebangsaan secara dalam talian.
Program ini bukanlah sekadar satu sambutan yang diisi dengan program semata-mata, malahan juga merupakan usaha pemupukan serta penghayatan semangat mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini.
Program yang dijalankan secara langsung ini telah
dapat merealisasikan hasrat universiti iaitu dengan memberikan impak yang lebih
besar dalam pemerkasaan bahasa Melayu.
Dalam usaha itu, pelbagai aktiviti berkaitan
kebahasaan telah dilaksanakan oleh UPM melalui Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi (FBMK). Ini merupakan satu langkah proaktif untuk memperkasakan lagi
bahasa Melayu.
Program ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti kebahasaan antaranya forum yang bertajuk “Gagasan dan Cabaran dalam Pengukuhan Jati diri Rakyat Malaysia”, pertandingan Semarak Pantun Bahasa Kebangsan UPM 2021, Pertandingan Pidato Bahasa Jiwa Bangsa, Klinik Bahasa dan Sayembara Deklamasi Sajak.
Pelbagai aktiviti diadakan untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Tiada lain, penganjuran aktiviti ini adalah untuk
membakar lagi semangat cintakan bahasa dan menerusi aktiviti bahasa dan sastera
ini dapat mempelihatkan keindahan dan keunikan bahasa Melayu itu sendiri dalam kalangan pelajar dan anak muda hari ini.
Ia dijalankan di kampus induk UPM Serdang, turut
melibatkan pelajar dan warga Kampus Bintulu, Sarawak. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan semua warga UPM
menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan Melayu.
Program yang dianjurkan oleh UPM dengan kerjasama
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini secara tidak langsung dapat memperkasakan bahasa
Melayu, mewujudkan komuniti cendekiawan dan pemikir yang bereputasi
antarabangsa.
Ini juga merupakan usaha ke arah menghasilkan penyelidikan dan penulisan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat tertinggi.
Prof. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti@Zamri Ahnad (Dekan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM.
Justifikasi utama program ini agar dapat
meningkatkan minat kalangan pelajar dan seluruh warga UPM dan seluruh
warganegara Malaysia untuk bersama-sama memartabatkan bahasa kebangsaan dan
menjadikan ia bahasa keilmuan yang tinggi.
Setiap warganegara perlu memainkan peranan dengan
mengambil tanggungjawab bahasa usaha murni ini bukanlah tanggungjawab individu
tetapi ia adalah tanggungjawab seluruh warganegara yang cintakan tanah air.
Majlis Penangguhan Dekad Bahasa Kebangsaan pada peringkat UPM telah diadakan secara hybrid di Fakulti Bahasa Moden dan
KOmunikasi, UPM pada 9 Februari 2022 yang lalu.
Majlis berkenaan telah mendapat liputan secara langsung dalam ruangan Live Facebook UPM yang telah dihadiri wakil Dewan Bahasa dan Pustaka, Jawatankuasa Pengurusan Universiti, barisan dekan-dekan fakulti, jawatankuasa pengurusan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, dan seluruh warga UPM.
Majlis Penangguhan ini telah dirasmikan oleh wakil
Naib Canselor UPM, iaitu Prof. Dr. Nazamid Saari,
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM.
Komitmen pihak pengurusan universiti akan tetap teguh memastikan bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi terus diperkasakan.
Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan terus digunakan dalam aktiviti perkongsian maklumat pada tahap tinggi sehingga peringkat antarabangsa. - KitaReporters