Tahniah Dr Haim Hilman Abdullah! 100 hari Naib Canselor memimpin UUM! Bersama capai misi, visi!

Published by
KitaReporters

PROF Dr Haim Hilman Abdullah mengajak semua warga universiti bersama-sama beliau untuk bekerjasama dan mengekalkan ke arah mencapai hala tuju sebagai sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka.


UUM diingatkan agar sentiasa memacu ke arah kecemerlangan seperti yang diaspirasikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad.

NAIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Haim Hilman Abdullah mengajak semua warga universiti untuk bersama-sama beliau dengan bekerjasama dan mengekalkan ke arah mencapai hala tuju UUM sebagai sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka.

“Misi dan visi universiti ini perlu dicapai dengan kerjasama semua pihak terutama staf akademik dan pentadbiran secara keseluruhannya,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis 100 Hari Pentadbiran sebagai Naib Canselor pada 17 Mei 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti UUM

Prof Dr Haim Hilman Abdullah.

Katanya, pihak universiti sentiasa memacu ke arah kecemerlangan di universiti seperti yang diaspirasikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad antaranya mengukuhkan ekosistem kampus yang selamat, kebolehpasaran graduan, memperkasakan agenda pendigitalan, memantapkan jaringan kolaborasi strategik, memacu kesejateraan komuniti, mempersada kecemerlangan institusi dan menyemarak semangat #KPTPrihatrin.

Dalam memacu universiti ini pula 20 Key Result Area (KRA) atau Bidang Sasaran Utama juga telah diperkenalkan bagi merentasi pelbagai teras strategik dengan harapan dapat mengangkat aspek kecemerlangan akademik sedaya mungkin sekali gus menjadi universiti yang peka dengan isu-isu masyarakat dan industri.


Jawatankuasa Pengurusan UUM yang menghadiri majlis itu.

“Kita tidak mahu bekerja sebagai sailo (bersendirian) dan ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat dan industri dengan meningkatkan pendapatan universiti dari aspek akademik dan bukan akademik,” ujar beliau lagi.

Dalam masa yang sama pihak universiti juga berusaha untuk membuat penjimatan sebanyak mungkin agar membolehkan setiap sen memberikan pemulangan kepada staf dan pelajar.

Beliau juga berharap semua pelajar dan staf sentiasa santuni budi baik dan menjaga hubungan antara satu sama lain sehingga orang tertanya-tanya dari mana mereka ini belajar dulu sebab luar biasa perlakuan dan akhlak.

Moga 100 hari pentadbiran ini akan mendapat sokongan sepenuhnya dari semua warga kampus.


Prof Dr Haim Hilman menandatangani plak pelancaran 100 hari pentadbirannya.

Di majlis itu beliau turut menandatangani plak pelancaran 100 hari pentadbiran dan menyampaikan cenderamata kepada Presiden-presiden persatuan dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Turut hadir Timbalan-timbalan Naib Canselor, Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Pendaftar, Provos UUM Kampus KL, Presiden-presiden Persatuan dan MPPUUM.  - KitaReporters


Prof Dr Haim Hilman (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Profesor Ts Dr Suhaidi Hassan.


Antara staf yang menghadiri majlis itu.

14
9
0
8
0

Copy Link: