Berita Terkini| Mahasiswa IPT dibenar pulang raya! Kecuali Sarawak! Surat pelepasan disediakan!
Published bySETIAP IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri atau daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus semula. - Kredit foto: Astroawani.com
SEMUA mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aildilfitri, kecuali Sarawak.
Kebenaran itu adalah selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini kepada sektor pendidikan.
Bagaimanapun, mahasiswa turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman
masing-masing atau kekal berada di kampus sempena cuti perayaan tersebut.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan, telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan dan pergerakan pelajar di setiap
IPT dilaksanakan secara berfasa-fasa bagi memastikan pergerakan pelajar adalah
terkawal.
“Tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah masing-masing
ialah pada 7 Mei hingga 12 Mei 2021, manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus
ialah pada 15 hingga 20 Mei 2021.
“Setiap IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri atau daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan kembali ke kampus bagi setiap pelajar,” ujarnya dalam kenyataan meia yang dikeluarkan di Putrajaya pada Khamis, 29 April 2021.
KPT juga memaklumkan pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga
kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga
atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT.
Bagaimanapun KPT menjelaskan pergerakan melalui kenderaan awam tidak
dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
KPT memaklumkan pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT . Kredit Foto MalaysiaGazette.