Kampus KUIPs di Pauh, Perlis menantikan pelajar untuk sesi pengajian September 2024 ini.

Permohonon untuk menyambung pengajian di KUIPs boleh dilakukan dengan klik pada pautan berikut: https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan (FPSP) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menawarkan program dalam bidang Perakaunan, Teknologi Maklumat, Perniagaan Dan Pengurusan.

Dekan FPSP Dr Farah Mastura Noor Azman berkata, program yang ditawarkan di kolej universiti itu adalah bagi memenuhi keperluan pelajar, pemegang taruh dan masyarakat.

Katanya, pengajian yang ditawarkan juga bertepatan dengan keperluan pelajar mengikut peredaran semasa yang berminat dalam bidang keusahawanan, memajukan sains dan teknologi, serta bidang pengurusan perniagaan. 

“Oleh itu bertepatanlah penawaran program yang ditawarkan oleh FPSP yang terdiri dari kalangan pakar bidang perniagaan, pengurusan, teknologi maklumat dan profesional supaya dapat mencapai matlamat dan objektif FPSP dalam perkembangan intelek pelajar.” ujarnya lagi.

Semoga pengajian yang ditawarkan di FPSP ini juga dapat memupuk dan mengekalkan rasa ingin tahu, kreativiti, pembelajaran sepanjang hayat pelajar.


Dr Farah Mastura Noor Azman (tiga dari kiri) bersama pelajar sekolah yang menyertai program Jom Masuk KUIPs.


Pelajar yang berminat boleh memohon untuk kemasukan pada September 2024 dengan memilih program-program yang ditawarkan oleh FPSP ini antaranya Diploma Perakaunan, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Keusahawanan), Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat in Internet Of Things (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains (Sains Data) (Kepujian) dan Ijazah Doktor Falsafah Peniagaan dan Pengurusan (PhD).

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di sini mereka juga ditawarkan Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs-KUIPs (BPTM) iaitu biasiswa penuh pengajian oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian mereka sama ada pada peringkat diploma dan ijazah dengan tajaan penuh sehingga tamat pengajian mereka.

Syarat permohonan pula bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah minimum tiga kredit, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2.0 dan bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula minimum ialah Jayyid.

Manakala kemudahan lain ialah tajaan biasiswa yang dibiayai sepenuhnya oleh MAIPs, kemudahan asrama percuma, yuran pendaftaran dikecualikan dan mereka juga akan diberikan elaun sara hidup bulanan sebanyak RM300 seorang. - KitaReporters





Kampus KUIPs di Pauh dan Kuala Perlis sentiasa menantikan kehadiran pelajar.
8
12
0
16
0

Copy Link: