Video| Lahir bersama, berjaya bersama! Kembar seiras terima Anugerah Naib Canselor! Konvokesyen UiTM!

Published by
KitaReporters


Oleh MARIA MADELINA 


Kelahiran mereka ke dunia ini pastinya membahagiakan ibu bapa malahan mereka juga menambah kebahagiaan kedua-dua ibu bapa mereka selepas sama-sama mencatat kejayaan pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-99.

Itulah hadiah istimewa pasangan kembar seiras, Sarah Zaihan dan Asma Zaihan yang terpilih untuk menerima Anugerah Naib Canselor buat ibu bapa mereka.

Pasangan kembar berusia 24 tahun yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur itu terpilih sebagai penerima ANC Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari.

“Ketika menuntut ilmu di UiTM Permatang Pauh, kami berdua memang diletakkan dalam satu kelas yang sama atas nasihat daripada penasihat akademik. 

"Jadi, amat senang untuk kami berdua sama-sama belajar timba ilmu di kelas, terutama tugasan berkumpul.

“Kami sentiasa ada untuk memberikan semangat antara satu sama yang lain, supaya kekalkan momentum belajar dengan motivasi positif,” kata Sarah.

Tambah Sarah yang juga si kakak berkongsi bahawa mereka berdua amat meminati memasak sejak zaman sekolah lagi. 

Pada masa sama, beliau berpendapat bahawa bidang makanan ini luas dan diperlukan untuk peluang pekerjaan pada masa hadapan dan dengan alasan itulah, beliau dan adiknya, Asma sama-sama menyambung bidang yang sama ini. 



Mereka mulakan perniagaan homemade kek dan dipasarkan secara dalam talian dengan media sosial Instagram dengan nama Zaihan Bakery, yang dimulakan sejak tahun 2018 lagi selepas SPM dan melonjak naik apabila PKP.

“Awalnya, sasaran pelanggan kami hanyalah jiran, saudara mara dan orang sekeliling yang terdekat. 

"Namun ketika PKP, makin ramai yang nak beli kek daripada Zaihan Bakery. Permintaan itu semakin tinggi.

“Dahulunya kami pernah menjual brownies sebagai percubaan awal. Namun tidak berapa membuahkan hasil kerana kami tiada ilmu mengenai bidang ini. 

"Kini, apabila sudah ada ilmu sikit, dari itulah kami membuat perubahan demi perubahan yang baik,” ujar Sarah.

Nasihat mereka, jangan mudah putus. Perjalanan dalam bidang ini bukan sesuatu yang mudah, teruskan belajar, dan timba ilmu sebanyak yang boleh kerana rezeki orang lain-lain. - KitaReporters


17
15
0
18
0

Copy Link: