IKTBN Alor Gajah membuka pintu pengajian secara percuma kepada golongan belia berumur 18 hingga 30 tahun.


PENGARAH Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Badari Ag Damit mempelawa belia di negeri Melaka khususnya untuk merebut peluang pengajian secara percuma di IKTBN Alor Gajah kepada semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sekurang-kurangnya tamat tingkatan lima.

Katanya, mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun ini akan menjalani kursus mengikut persijilan, tahap dan tempoh latihan seperti yang dinyatakan dalam tawaran yang mereka terima.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pusat latihan IKTBN


Badari  Ag Damit (tengah) bersama hasil kerja pelajar Hospitaliti.


“Saya ingin menarik perhatian kalangan belia dan waris di negeri Melaka khususnya agar merebut peluang keemasan ini kerana kos makan, minum, pengajian dan elaun akan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang tempoh latihan mereka di sini (IKTBN Alor Gajah),” ujarnya ketika mengadakan kunjungan hormat dengan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Shanmugam V Pitchay di Seri Negeri, Melaka pada 5 Ogos lalu. 


Badari Ag Damit (kanan) membuat kunjungan hormat kepada V P Shanmugam di Seri Negeri, Melaka. 


Beliau berharap dengan kunjungan ini pihak kerajaan negeri dapat menghebahkan kepada rakyat Melaka mengenai peluang pengajian dan kursus-kursus yang ditawarkan di pusat ini.

Antara Kursus yang ditawarkan ialah Diploma Teknologi Hospitaliti (Penyajian), Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan), Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri), Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti), Sijil Teknologi Elektrik dan lain-lain lagi.


Pelajar yang mengikuti pengajian diajar membuat kuih dan lain-lain.


Dalam pada itu, Shanmugam berharap golongan belia, waris dan NGO akan merebut peluang pengajian secara percuma yang ditawarkan di IKTBN Alor Gajah ini.

“Kerajaan negeri sentiasa mengharapkan sokongan semua pihak dalam membangunkan belia dalam bidang pengajian tidak kira sama ada akademik dan kemahiran,” katanya lagi.

Moga pertemuan ini dapat membuka ruang baharu antara pihak IKTBN Alor Gajah dengan kerajaan negeri Melaka.

Pertanyaan untuk mengikuti pengajian IKTBN ini boleh berhubung terus dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (Unit Pengambilan & Rekod Pelajar) melalui telefon 0122708073 (Norman) dan 0125954687 (Fadzira). - KitaReporters

Pelajar terpilih turut menyertai aktiviti luar sebagai pembelajaran tambahan selain di bilik kuliah.
Aktiviti riadah turut diadakan bagi pelajar yang mengikuti pengajian disini.

Pelajar juga diberi peluang untuk menyertai program luar.

Pelajar juga mengikuti kelas fardzu ain.

8
12
0
16
0

Copy Link: