Pelajar UniSZA yang menghadiri majlis penutup MInggu Mesra Siswa


SERAMAI 1,015 mahasiswa dan mahasiswi baharu bagi Program Asasi Sains & Perubatan dan Diploma Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, diraikan pada Majlis Penutup Sempena Minggu Mesra Siswa (MMS) Sesi 2024/2025.

Majlis yang berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah dirasmikan oleh Naib Cancelor UniSZA,  Datuk Dr Fadzli Adam. Turut hadir, Pengurusan Tertinggi Universiti, Ahli Senat, Dekan-dekan fakulti dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTj)

Berucap pada majlis itu Dr Fadzli mengucapkan tahniah dan syabas kepada mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya sehingga ke menara gading dan memilih UniSZA sebagai universiti pilihan mereka.


Pelajar mengaminkn doa sempena penutup Minggu Mesra SIswa


“Pertama-tamanya, saya mewakili warga Universiti Sultan Zainal Abidin mengucapkan selamat datang kepada semua mahasiswa baharu Universiti Sultan Zainal Abidin kemasukan Asasi Sains & Perubatan dan Diploma sesi 2024/2025.

“Sesungguhnya kehadiran anda semua ke bumi Abidin ini bertepatan dengan ungkapan sarjana Islam tersohor iaitu Imam Malik yang berkata, “Bukan ilmu yang seharusnya mendatangi anda, tapi anda yang seharusnya mendatangi ilmu," katanya pada majlis berkenaan.



Beliau berkata, sebagai insan yang dianugerahi akal dan pilihan, kita sentiasa digalakkan mencari ilmu pengetahuan, kerana dengannya kita dapat menaakuli kebesaran Allah SWT serta menjalani kehidupan yang lebih baik dan salah satu faktor utama keberhasilan sesuatu proses pencarian ilmu adalah hormatnya murid kepada guru.

Pada majlis itu, Bacaan Ikrar dan Penyerahan Aku Janji Pelajar yang diketuai Muhammad Irfan Zakwan pelajar Diploma Perdagangan Antarabangsa menjadi penutup bagi minggu berkenaan. - KitaReporters


17
13
0
13
0

Copy Link: