Tahniah graduan MMU! Majlis konvokesyen diadakan secara unik! Konvo ke-21, ke-22 berturut-turut!

Published by
KitaReporters


Oleh: SAHBULAH MOHAMAD DARWI


SERAMAI 6,423 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) kali ke-21 dan ke-22 yang diadakan secara unik dan bersejarah dalam tempoh dua minggu berturut-turut

Majlis konvokesyen mana-mana universiti biasanya dianjurkan sekali dalam tempoh setahun namun majlis konvokesyen MMU diadakan secara berkembar untuk graduan kelas 2020 dan 2021 di Dewan Tun Canselor, kampus MMU Cyberjaya


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan konvokesyen



Majlis berkembar berkenaan terpaksa diadakan kerana universiti tidak dapat menganjurkan majlis konvokesyen dari tahun 2020 hingga 2021 kerana halangan situasi wabak COVID-19.   

Walaupun bekerja keras untuk mengembalikan operasi kepada normal, MMU menganjurkan dua majlis ini secara berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, berikutan pelaksanaan penjarakan sosial dan langkah-langkah lain untuk mengekang wabak. 

Majlis graduasi untuk kelas 2020 diadakan pada Sabtu, 12 Mac 2022 melibatkan 2,839 graduan yang merupakan 2,083 ijazah sarjana muda, 610 diploma, 104 ijazah sarjana dan 42 doktor falsafah

Pada Sabtu minggu berikutnya iaitu 19 Mac 2022, seramai 3,584 graduan akan bergraduasi membabitkan 2,143 ijazah sarjana muda, 1,295 diploma, 108 ijazah sarjana dan 38 doktor falsafah



Presiden MMU, Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud (gambar atas), melahirkan rasa gembira dengan majlis berkembar itu. 

“Senario sekali seumur hidup ini adalah peristiwa yang istimewa. Wabak telah melewatkan majlis sebelum ini tetapi kami gembira kerana akhirnya berjaya meraikan para graduan dalam majlis yang selayaknya mereka terima,” katanya dalam satu kenyataan media pada 14 Mac 2022. 

Sijil graduasi para graduan disampaikan oleh Canselor MMU, YABhg. Tun Zaki Tun Azmi, dan juga Pro-Canselor, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid. 

Para graduan adalah mereka yang menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Infomatik dan Pengkomputeran, Multimedia Kreatif, Pengurusan dan Perniagaan, Sains Hayat, Komunikasi Strategik dan Seni Senimatik. - KitaReporters


 

13
15
0
11
0

Copy Link: