Hebatnya! 3 penyelidik MMU antara 2% saintis terbaik dunia 2021! Pencapaian banggakan Malaysia!
Published byOleh: SAHBULAH MOHAMAD DARWI
Tiga penyelidik Universiti Multimedia (MMU) disenaraikan dalam kedudukan dua peratus saintis terbaik dunia 2021 oleh Universiti Stanford, Amerika Syarikat baru-baru ini sekali gus membanggakan Malaysia.
Pencapaian pada peringkat antarabangsa itu dirangkul oleh Prof Ir
Dr Tso Chih Ping dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FET); Dr Usama Al-Mulali
dari Fakulti Perniagaan (FOB) dan Dr Amjad Iqbal, pelajar Doktor Falsafah dari
Fakulti Kejuruteraan (FOE).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan MMU
Menurut Prof Tso, pihaknya berbesar hati kerana disenaraikan
antara ‘Top 2% Scientists in the World’ dalam subjek kejuruteraan mekanikal di
dunia.
“Pengiktirafan ini akan membantu saya dan rakan usaha sama
saya untuk mendapatkan geran penyelidikan dengan lebih lancar pada masa hadapan
untuk penyelidikan kami dalam bidang kepakaran saya,” katanya.
Penyelidikan Prof Tso adalah dalam aliran haba dan bendalir
asas dan gunaan terutama dalam kejuruteraan mekanikal dengan menjalankan
banyak penyelidikan seperti projek persekitaran terma dalam kesan pulau haba
bandar serta aliran berbilang fasa dalam paip.
Selain itu, penyelidikan dijalankan turut melibatkan pemindahan
haba mendidih filem dari sfera, pemindahan haba perolakan untuk penyejukan
elektronik, penyejukan dalam bekas penghantaran, aliran saluran mikro, tenaga
suria dan likat kesan pelesapan dalam aliran berayun.
Penyelidikan dijalankan oleh beliau ketika ini engenai aliran saluran mikro setakat ini telah
menerima sejumlah 840 citations berdasarkan 12 kertas kerja terbaik beliau
dalam subjek ini.
PROF TSO
Sementara itu, Dr Usama Al-Mulali diiktiraf atas petikan penerbitan penyelidikan bagi subjek pelancongan, ekonomi tenaga dan ekonomi alam sekitar bagi tahun 2020.
“Kedudukan senarai ini secara tidak langsung membuktikan saya dan barisan pasukan
penyelidik telah diiktiraf secara signifikan untuk komuniti ahli sains dunia.
"Penyelidikan saya memberi tumpuan kepada topik penting
dalam tenaga, alam sekitar dan pelancongan.
“Saya telah berjaya menerbitkan dalam jurnal penyelidikan
yang diiktiraf seperti polisi tenaga, ulasan tenaga boleh diperbaharui dan
mampan, pengurusan pelancongan, ekonomi pelancongan, isu semasa dalam
pelancongan atau jurnal,” ujarnya.
Tambah beliau, artikelnya terkenal dalam kalangan penyelidik
seluruh dunia sekaligus membolehnya berjaya memperoleh bilangan petikan yang
tinggi, melebihi 7,000 hanya dalam
tempoh tujuh tahun yang lalu.
DR USAMA
Bagi Dr Amjad Iqbal pula, beliau secara peribadinya
menyifatkan senarai kedudukan itu sebagai satu bentuk penghormatan baginya dan berterima
kasih kepada penyelia, rakan sekerja, pembiaya penyelidikan serta kerajaan
Malaysia.
"Saya berharap kedudukan ini akan menarik lebih ramai
pembiaya ke universiti, terutama untuk penyelidikan dan pembangunan mengenai
komponen pasif RF/Microwave, komunikasi tanpa wayar, teknologi gelombang mm,
reka bentuk antena dan pengukuran dalam bahagian hadapan RF berbilang
standard.
"Saya akan terus bekerja keras untuk temui hasil
penyelidikan yang memberi impak dan bermanfaat kepada masyarakat," kata
Amjad yang merupakan pakar dalam mereka bentuk komponen Pandu Gelombang
Bersepadu Substrat (SIW) untuk teknologi wayarles generasi akan datang.
DR AMJAD
Untuk info, Universiti Stanford menyenaraikan lebih 150,000 saintis yang manuskrip penyelidikan mereka diterbitkan dan mencapai kemajuan yang cepat dalam bidang masing-masing.
Para saintis dipilih berdasarkan Scopus (pangkalan data
abstrak dan petikan kesusasteraan semakan rakan sebaya) yang meletakkan
kedudukan jurnal dan memberikan indeks petikan.
Mereka juga disenaraikan berdasarkan petunjuk petikan piawai yang merangkumi maklumat tentang bilangan petikan, Indeks H, pengarang bersama dan penunjuk komposit setiap saintis. - KitaReporters