Kumpulan nasyid Intracksee dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengungguli pertandingan nasyid peringkat Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 30 September 2024 baru-baru ini.

Kumpulan Intracksee memukau hati juri dengan dua persembahan lagu, iaitu Pintalan Rindu dan Warkah Munsyid.

Intracksee yang dianggotai 10 orang ahli berjaya menewaskan tujuh kumpulan lain yang turut menyertai pertandingan ini dan menyifatkan kejayaan yang diperoleh adalah sesuatu yang amat bermakna sesuai dengan usaha serta latihan yang mereka jalankan bersama.

Dengan kejayaan ini, kumpulan Intracksee membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000



Sofha Hafizin yang juga merupakan ketua kumpulan Interacksee meluahkan rasa gembira dan terujanya dengan pencapaian tersebut.

“Kami bersyukur kerana kejayaan ini dianggap batu loncatan untuk terus memperbaiki dan memberi yang terbaik pada masa akan datang,” ujarnya selepas kumpulan Intracksee dinobatkan sebagai juara.

Selain itu, Sofha turut menyatakan hasrat agar kumpulan ini terus komited dan membawa nama USIM ke peringkat lebih tinggi.”

Tempat kedua dimenangi kumpulan Lasykar Khaleefa sebagai naib johan, manakala kumpulan Khaula Al-Azwar memperoleh tempat ketiga. 



Festival ini menjadi platform penting dalam memperkenal dan memartabatkan kesenian Islam dalam kalangan masyarakat serta memberi peluang kepada para peserta untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni suara khususnya nasyid.

Festival ini disambut meriah dengan beberapa acara lain yang turut dipertandingkan antaranya tilawah al-Quran, pencarian dai’e dan banyak bagi memberi tumpuan kepada kelompok sasaran dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan ibu bapa. 

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Aminuddin Harun. - KitaReporters/USIM

14
9
0
14
0

Copy Link: