Inovasi bahan bantu mengajar! Kit KIMDSB UPSI beri kefahaman kedudukan imam, makmum! Guna barang DIY!
Published byMAHASISWA dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, menghasilkan satu inovasi dalam pendidikan yang dikenali sebagai Kit Kedudukan Imam dan Makmum Dalam Solat Berjemaah (KIMDSB) bagi mewujudkan sistem pembelajaran yang lebih efektif kepada murid.
Kit KIMDSB ini merupakan bahan bantu mengajar (BBM) yang dihasilkan bagi membantu guru
mengajar murid berkenaan tajuk Kedudukan Imam dan Makmum dalam Solat Berjemaah.
Pereka Kit KIMDSB, Ustaz Faiz Hilmi, berkata melalui kit itu akan meningkatkan kefahaman serta perkembangan kognitif murid dalam tajuk pembelajaran berkenaan.
Dr Kama Shaffeei (kiri) bersama Ustaz Faiz Hilmi yang menghasilkan Kit KIMDSB.
“Kit ini menjadi satu keperluan kepada kepada murid bagi
memudahkan mereka menguasai tajuk KIMDSB sekali gus menjadi BBM kepada guru.
“Penghasilan Kit KIMDSB hanya menggunakan barang DIY sahaja
seperti gambar laminasi, kad perkataan, putik kapas, pita pelekat, pita Velcro
dan pistol gam lilin elektrik.
“Kit ini juga boleh digunakan kepada murid berpendidikan
rendah seperti murid Sekolah Rendah Kebangsaan dan murid Sekolah Rendah Agama Rakyat
(SRAR) yang mengambil subjek Pendidikan Agama,” katanya.
Sementara itu, Pengarah, Pusat Inisiatif Pemodenan
Pendidikan (PIPP) UPSI, Dr Kama Shaffeei, berkata Kit KIMDSB itu berpeluang untuk
dikomersialkan dan dijadikan BBM di semua sekolah seluruh Malaysia.
“Murid berupaya menguasai tajuk dengan lebih mudah dan efektif, sekali gus mampu menarik perhatian murid dalam pembelajaran,” ujar beliau. - KItaReporters
Kit KIMDSB untuk membantu guru mengajar murid berkenaan tajuk Kedudukan Imam dan Makmum dalam Solat Berjemaah.