Video| Jom masuk KUIPs! Muhammad Irfan 9A SPM pilih ke KUIPs! Terima Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs!
Published byMuhammad Irfan Azhar gembira menerima surat tawaran biasiswa dan pengajian dari KUIPs.
Bagi mereka yang berminat untuk Jom Masuk KUIPs, permohonon boleh dilakukan dengan klik pada link berikut: https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137
“Saya pilih Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) untuk melanjutkan pengajian untuk sesi September (2024) ini walaupun telah menerima keputusan melanjutkan pengajian di universiti lain selepas menyemak hebahan keputusan UPUOnline pada 28 Jun 2024 lalu,” kata Muhammad Irfan Azhar, 18, kepada Timbalan Rektor KUIPs Prof Madya Dr Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli yang mengunjunginya pada 9 Julai 2024.
Muhammad Irfan dari Kampung Kepala 10, Lomboh, Tambun Tulang yang memperoleh keputusan cemerlang semua 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 27 Mei 2024 sebelum ini juga telah menerima kunjungan daripada beberapa universiti lain.
Prof Madya Dr Abdul Basir (kanan) menerangkan mengenai surat yang menawarkan pengajian dan biasiswa KUIP-MAIPs.
Anak petani ini yang mengambil upah melakukan kerja-kerja di bendang bersama bapanya Azhar Sabu, 49, membuat keputusan untuk memilih KUIPs kerana yakin cita-citanya akan tercapai dengan pengajian di negeri Perlis.
“Saya yakin telah membuat pilihan yang tepat dan restu ibu bapa juga adalah pendorong utama mengapa saya memilih KUIPs,’ katanya ketika ditemui.
Sementara itu bapanya Azhar Sabu, 49, yang bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500 ketika ditemui berkata, pilihan yang dilakukan oleh anaknya bukan sahaja pilihan yang tepat malah gembira kerana tidak jauh daripada keluarga.
“Kunjungan Prof Madya Dr Abdul Basir Awang daripada universiti ini ke rumah saya membawa kejutan kepada kami dengan penyerahan surat tawaran pengajian dan Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs-KUIPs (BPTM) yang memaklumkan tajaan penuh oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang merangkumi yuran pendaftaran dan pengajian nanti,” katanya.
Moga dengan penyerahan surat ini pastinya akan memberi semangat dan motivasi untuk Irfan meneruskan pengajian dan terus berusaha keras sehingga berjaya dalam pendidikan, sekali gus membantu mengubah nasib keluarga pada masa depan.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Ahmad ini memperolehi A+ bagi subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan al-Quran dan Sunnah, (A) bagi mata pelajaran Sejarah, Matematik, Sains, Ekonomi serta Pendidikan Syariah Islamiah selain A- bagi subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Sementara itu Dr Abdul Basir ketika di temui berkata, kejayaan Muhammad Irfan ini adalah amat memberangsangkan memandangkan dia adalah pelajar daripada sekolah harian biasa atau luar bandar namun masih mampu meraih keputusan cemerlang.
“Berikutan itu, saya bersama pihak pengurusan turun padang bagi mempelawa Irfan untuk melanjutkan pengajian di KUIPs,” katanya. - KitaReporters
Muhammad Irfan Azhar bergambar bersama Dr Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli dan kedua-dua ibu bapanya.