Pengurusan tertinggi UniSZA sedang mendengar taklimat di KKM


UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya bertujuan membincangkan hal-hal pengurusan antara kementerian berkenaan dengan universiti tersebut.

Delegasi UniSZA yang diketuai Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Datuk Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bersama Shakimah Endut (Bendahari); Muzafar Mohd Din (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan); Pengarah Hospital Pengajar UniSZA, Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif; dan Pengarah Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar, Prof. Ts. Dr. Mokhairi Makthar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UniSZA

Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan taklimat kepada rombongan UniSZA di KKM Puterajaya. - Kredit foto: Media UniSZA


Dalam kunjungan tersebut pihak pengurusan UniSZA telah melakukan kunjungan hormat dan bertemu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan berkaitan CEO@Faculty dan penyerahan peserta program sangkutan di bawah CEO@Faculty iaitu Dr. Nur Hayati Jasmin dari Fakulti Sains Kesihatan (FSK).


Noor Hisham menerima cederamata kenangan daripada Dr Mohd Hafiz bagi pihak UniSZA


Pensyarah tersebut akan ditempatkan di organisasi CEO selama enam bulan bagi memberi peluang mengikuti dan mempelajari pengoperasian sesebuah syarikat atau agensi serta mendalami ilmu kepemimpinan CEO.

Turut hadir bagi pihak UniSZA ialah Dekan Fakuliti Farmasi Prof. Dr. Lua Pei Lin; Dekan Fakuliti Sains Kesihatan, Prof. Dr. Sakinah Harith; dan Dr Nik Ahmad Shaiffudin Nik Him.


Hospital pengajar UniSZA


Untuk rekod UniSZA kini mempunyai Hospital Pengajar yang dijangka akan dibuka kepada orang awam pada awal tahun 2023.

Pembinaan hospital tersebut telah siap sepenuhnya pada Januari 2022 iaitu selepas tujuh tahun, dan sebagai permulaan sebanyak 100 katil akan ditempatkan. 

HPUniSZA baru sahaja memulakan operasi secara dalaman dengan pembukaan klinik perubatan am untuk kakitangan dan pelajar UniSZA pada 1 Ogos 2022. - KitaReporters


Pengurusan UniSZA bergambar kenangan bersama Dr Noor Hisham Abdullah

13
18
2
13
0

Copy Link: