Tahniah pasukan debat Tamil Theenjuvai UUM! Johan Pertandingan Tamil Mandram Forum Bahasa Tamil
Published byPasukan Debat Tamil Theenjuvai UUM muncul Johan Pertandingan Tamil Mandram Forum Bahasa Tamil 2021 anjuran UniSZA.
PASUKAN debat Tamil, Theenjuvai di bawah Unit Debat Advokasi Dan Oratori (UDAO) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah muncul johan Pertandingan Tamil Mandram Forum Bahasa Tamil anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 19 April 2021.
Pasukan yang dianggotai Kothai Sunthraraju (Pusat Pengajian Undang-Undang), Uthaya Tharishany K. Sureas Kumar (Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz), CK Yokesswaran (Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi) dan Shantene Subramaniam (Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz) membawa pulang RM200 dan sijil penyertaan.
Selain itu, CK Yokesswaran turut dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik, sekali gus membawa pulang RM150 dan sijil penyertaan.
Lagi laporan-laporan lain berkaitan UUM
CK Yokesswaran dinobatkan Pendebat Terbaik Pertandingan Tamil Mandram Forum Bahasa Tamil 2021.
Wakil pasukan Theenjuvai UUM, Uthaya Tharishany berkata, sebagai sebuah pasukan, mereka sangat berbangga dengan pencapaian berterusan yang diraih itu.
"Memetik kata-kata ‘Team work makes Dream work’, begitulah kami mencapai kejayaan ini. Setiap masa dan tenaga yang disumbang dalam sesi latihan membawa kepada kejayaan ini.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi motivasi dan semangat kepada kami. Sebagai sebuh pasukan, kami pasti akan memberi 100 peratus dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama UUM," katanya.
Sementara itu, Pendebat Terbaik, CK Yokesswaran berkata, Pasukan Theennjuvai UUM mempunyai semangat yang tinggi untuk memenangi pertandingan dan kejayaan diilih sebagai Pendebat Terbaik pertandingan ini menjadikan kemenangan ini lebih manis.
Menurutnya, dia percaya bahawa pengalaman membentuk diri dan begitulah dia mengembangkan kemahiran diri dan sekarang mereka bersama-sama mengharumkan nama UUM.
“Setiap orang adalah seorang yang berjaya apabila mereka cenderung mencuba sesuatu, oleh itu saya berbangga kerana saya telah mencuba dan berjaya," katanya.
Sebanyak 5 pasukan dari universiti awam menyertai pertandingan itu.
Pencapaian pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa merupakan salah satu daripada enam strategi Pusat Kecemerlangan dan Kepimpinan Pelajar (UUM SELECT), Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang dinamakan Award Recipient Project (ART). - KitaReporters