"Hari ini (Khamis 23 November 2023) saya hadir dan sampaikan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (ATEPM) yakni anugerah tertinggi yang diberikan kepada pemenang terbaik keseluruhan dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP).

"Dalam ucapan, saya maklumkan hadirin bahawa peruntukan berjumlah RM6.8 bilion kepada institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seharusnya digunakan sebaik mungkin dalam meneroka bidang baharu.
"Ini termasuk diwujudkan kursus berkaitan pengajaran dalam teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI) yang menuntut perubahan semua pihak terkait hatta bakal mendapat pendapatan yang lebih tinggi untuk para belia negara terkait dengan TVET. 


"Justeru, saya singgung agar Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam bidang AI dan kerana itu dalam Belanjawan 2024 diumumkan Fakulti AI pertama negara di Universiti Teknologi Malaysia.

"Malaysia tidak boleh ketinggalan disebabkan teknologi berubah dengan cepat dan laju, jadi ayuh semua bangkit dan terus maju bekerjasama dengan industri dalam mempertingkat kemahiran tinggi rakyat." - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dalam akaun Facebooknya pada 23 November 2023)


12
13
0
12
0

Copy Link: