Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat menyempurnakan program Semarak Merdeka Komuniti Madani 2024 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chuping pada 3 Ogos 2024 lalu.

Keberangkatan baginda disambut oleh Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis (Sektor Pengurusan Sekolah) Hamidi Saad. 


Tuanku menyaksikan kakitangan KUIPs menyediakan Bubur Semarak Merdeka Madani.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama pemain pasukan bola sepak sempena program  Semarak Merdeka Madani 2024. 


Baginda juga perkenan untuk beramah mesra dan bergambar dengan pasukan bola sepak yang menyertai kejohanan sempena program yang dianjurkan oleh KUIPs  dengan kerjasama Penglibatan Ibu Bapa dan Sektor Swasta (PIBKS), Encorp Berhad dan Perak Transit Berhad.

Kemeriahan sambutan diserikan dengan kunjungan baginda untuk bersama warga KUIPs menyediakan Bubur Semarak Merdeka Madani 2024 di sekolah itu.

Menteri Besar Perlis turut hadir bagi memeriahkan program fun walk.
Penduduk yang menyertai program ini turut menerima hadiah sumbangan KUIPs daripada Dr Muhamad Rozaimi Ramle (tengah).

Program dua hari yang bermula pada 3 dan 4 Ogos 2024 ini juga diserikan dengan aktiviti fun walk, pertandingan deklamasi sajak, kuiz kemerdekaan, ceramah merdeka, pertandingan gambar Merdeka Madani, sukaneka, penyampaian Bakul Kasih KUIPs dan beberapa aktiviti menarik lain.

Turut hadir Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa dan Sektor Swasta (PIBKS), Reswan Ramli; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Encorp Berhad, Hazurin Harun dan Pengarah Eksekutif Perak Transit Berhad, Datuk Cheong Peak Sooi.

Sementara itu penduduk yang hadir dalam program ini berharap program seperti ini dapat diteruskan pada setiap tahun. - KitaReporters


Pelajar antarabangsa KUIPs turut meriahkan aktiviti yang dijalankan selama dua hari itu.

Reswan Ramli (kanan sekali) hadir untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang dianjurkan.


Dr Muhamad Rozaimi (kanan sekali) menyampaikan sumbangan Bakul Kasih KUIPs kepada penduduk.

15
11
0
15
0

Copy Link: