Pendaftaran peserta 


PUSAT Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengorak langkah mempelbagaikan program dalaman dan luaran dengan menganjurkan Kursus Imam dan Bilal.  

Kursus Siri 1 yang berlangsung selama separuh hari bertempat di Masjid UnisZA ini telah disertai seramai 500 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan mahasiswa UniSZA, imam bilal Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus dan komuniti setempat.

Turut serta adalah pelajar daripada sekolah Imtiaz Kuala Terengganu, SBPI Batu Rakit, Sekolah Sukan Malaysia Terengganu, SM Teknik Terengganu, Madrasah Seberang Tuan Chik, Markaz Tahfiz Orang kelainan Upaya, SK IPG Batu Rakit, SMK Ibrahim Fikri, SMKA Dato Haji Abbas, SMK Padang Kemunting, SMKK Mengabang Telipot, SMKK Gong Badak, SMK Bukit Guntung, SMS Sultan Mahmud, SMKK Wakaf Tembesu dan  SMKK Seberang Takir.



Program tersebut  telah dirasmikan oleh Pegawai Agama Daerah Kuala Nerus, Mohd Sofiyuddin Yussof. 

Kursus tersebut  telah disampaikan oleh Ahmad Tarmizi Taha, Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA.

Peserta yang hadir diberikan pendedahan berkaitan tugas sebenar apabila memegang jawatan sebagai imam mahupun bilal. 

Selain itu, para peserta juga dipersiap untuk memikul tanggungjawab besar sebagai pemimpin institusi masjid yang dihormati. - KitaReporters


Peserta Kursus Imam dan Bilal anjuran Pusat Islam UniSZA

 

13
13
1
9
0

Copy Link: