Debat bukan sekadar satu kokurikulum! Pelan Tindakan Pembangunan Bakat Debat UMT 2025-2030 dilancar!
Published byGambar hiasan... Pertandingan Akhir Debat Piala Naib Canselor UMT
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus memperkasa pembangunan mahasiswa dengan pelancaran Pelan Tindakan Pembangunan Bakat Debat UMT 2025-2030.
Pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof Dr. Mohd Izani Mohd Zain di Auditorium Sulaiman, UMT pad 27 Februari 2025.
Majlis peluncuran pelan ini turut diserikan dengan sesi simbolik yang menyaksikan Prof Dr. Mohd Izani menandatangani muka hadapan dokumen pelan tindakan tersebut.
Turut hadir Profesor Madya Dr. Maizah Mohd Abdullah, penyelidik dalam bidang Ekologi dan Ekosistem Marin di UMT, yang juga bertindak sebagai penasihat kepada Kelab Debat Mahasiswa Intelektual UMT.
Pelan tindakan ini bertujuan memastikan pembangunan bakat debat dalam kalangan mahasiswa dapat dilaksanakan secara tersusun dan berkesan.
Ia memberi fokus kepada aspek kepemimpinan, pengurusan organisasi, program latihan serta pertandingan yang dapat mencungkil potensi pelajar dalam arena debat.
Selain itu, pelan ini turut merangkumi usaha memperkukuh penglibatan alumni serta jaringan dengan industri, selain memastikan keberkesanan sistem pemantauan dan penilaian prestasi mahasiswa dalam bidang ini.
Majlis peluncuran pelan ini turut diserikan dengan sesi simbolik yang menyaksikan Prof Dr. Mohd Izani menandatangani muka hadapan dokumen pelan tindakan tersebut.
Prof Dr. Mohd Izani
menambah pelaksanaan pelan ini selari
dengan agenda pemerkasaan mahasiswa UMT, yang bukan sahaja bertujuan melahirkan
graduan berdaya saing global tetapi juga membentuk mahasiswa yang berfikiran
kritis, berintelektual tinggi dan berwibawa.
Beliau menegaskan bahawa debat bukan sekadar satu aktiviti kokurikulum, sebaliknya ia adalah platform penting dalam membentuk pemikiran mahasiswa yang matang dan berketrampilan. - KitaReporters
Prof Dr. Mohd Izani (depan, lapan dari kiri) ergambar kenangan selepas majlis perasmian di Auditorium Sulaiman, UMT.