Berita Terkini| Mahasiswa Malaysia johan pidato umum antarabangsa ESU! Kalahkan 35 peserta lain!
Published byPavit Coran muncul sebagai johan Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union (ESU) yang diadakan secara maya pada 14 Mei 2021. - Kredit foto: Bernama
Oleh: SAHBULAH MOHAMAD DARWI
MAHASISWA Malaysia, Pavit Coran dipilih sebagai johan Pertandingan Pidato Umum Antarabangsa English Speaking Union (ESU) yang diadakan secara maya pada Jumaat, 14 Mei 2021.
Coran, yang merupakan mahasiswa Universiti Multimedia Malaysia (MMU) kampus Melaka mewakili English Speaking Union of Malaysia (ESUM) itu menewaskan
35 lagi peserta dari 33 negara pada finale.
Dalam pidato selama lima minit itu, Coran berkenaan
mengulas tentang peningkatan jumlah mereka yang mengalami kemurungan di seluruh
dunia dan menggesa masyarakat serta kerajaan memberi perhatian terhadap isu
tersebut.
Pavit turut mengesa tindakan diambil bagi
menyelesaikan masalah itu berkata, terkejut dengan kemenangan itu dan berjaya
mengalahkan peserta lain.
“Saya amat gembira, bersyukur kerana tidak
percaya dapat mengalahkan begitu ramai peserta dan muncul juara.
“Walaupun saya tidak dapat ke London untuk bertanding,
penyertaan secara dalam talian itu memberi pengalaman baharu buat saya selain
turut menghadapi masalah seperti sambungan Internet,” katanya dalam kenyataan yang
dikeluarkan oleh ESUM pada Ahad, 16 Mei 2021.
Remaja berusia 19 tahun itu menyifatkan keseluruhan
proses sebagai menarik kerana dapat bertemu ramai peserta dari negara berbeza
tanpa perlu meninggalkan rumahnya serta mendengar pembentangan tema yang sama
daripada peserta lain.
Kemenangan ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi
anugerah Pemidato Terbaik pada kejohanan tahunan selepas Marina Tan pada 2011.
Sementara itu, Pengerusi ESUM Tunku Tan Sri
Naquiah Tuanku Ja'afar yang meluahkan rasa gembiranya atas kejayaan Pavit dan menyifatkan beliau
berhak memperoleh kejayaan berkenaan.
“Anak muda itu memang berhak menang dan kemenangannya adalah untuk Malaysia,”katanya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter