Tahniah UniSIRAJ! 12 pelajar bentang kertas kerja pada ICICM4! Menang Pingat Emas, Perak dan Gangsa!
Published by.
Peserta yang hadir memberi tumpuan kepada panel yang membentangkan kertas kerja mereka pada Persidangan Antarabangsa Isu Kontemporari Islam dan Pengurusan (ICICM) keempat.
Pepatah Melayu ada menyebut: Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya.
Ini dibuktikan oleh pensyarah Fakulti Al-Quran dan Sunnah (FQS) Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) pada 5 Disember 2024 lalu sempena Persidangan Antarabangsa Isu Kontemporari Islam dan Pengurusan (ICICM) keempat (ICICM4) yang dianjurkan oleh FQS UniSIRAJ di Hotel Putra, Regency Kangar.
Pengarah ICICM4, Dr Muhammad Lukman Mat Sin ketika ditemui berkata, penyertaan 12 pelajar daripada universiti ini bukan sahaja sebagai pembentang kertas kerja malah lebih membanggakan apabila mereka juga dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas, Perak dan Gangsa bagi kateogori Kertas Kerja Terbaik dan Pembentang Kertas Kerja Terbaik.
Dr Muhammad Lukman Mat Sin.
Bagi Pemenang Pingat Emas Kertas Kerja Terbaik dimenangi peserta dari Malaysia Wafa Abdul Jabbar Shohibuddin, Muhammad Syakir Mat Kamal (Pingat Perak) dan Akmal Muhayudin (Pingat Gangsa).
Manakala Pembentang Terbaik pula dimenangi opeserta dari Bangladesh Md Razaul Karim, Dr Abdul Wahab dari Yaman, Mohammad Hasbullah Shaik Ismail (Malaysia), Mohd Shauqi Saiful Suhardi (Malaysia) dan Ahmad Syafiq Yusof (Malaysia).
Pembentang Terbaik Md Razaul Karim (kanan), siswa UniSIRAJ dari Bangladesh, menerima hadiah daripada Dr Muhammad Lukman Mat Sin.
Setiap kejayaan dan kemenangan pastinya dibawah penyeliaan pensyarah-pensyarah daripada universiti ini.
Mereka masing-masing pelajar di bawah Dr Muhammad Lukman Mat Sin, Dr Khalilullah Amin Ahmad dan Dr Fatimah Noni Muhamad.
Dalam pada itu, lima pelajar UniSIRAJ juga terlibat sebagai penulis bersama, sekali gus menunjukkan kolaborasi antara pelajar dan pensyarah ini sangat penting dalam memberi pendedahan kepada mereka berkaitan aktiviti sebenar seorang akademia yang bertanggungjawab memberi pengalaman bermakna dalam pengembangan potensi intelektual pelajar.
Dr Khalilullah Amin Ahmad (tiga dari kiri) bersama pelajarnya.
Dr Fatimah Noni Muhamad (kiri) bersama-sama pelajarnya.
Moga ICICM4 menjadi medan paling praktikal para pengkaji membentangkan hasil dapatan kajian di samping membuka ruang perbincangan dan kolaborasi strategik dalam kalangan pembentang dan peserta ICICM.
Majlis ini dirasmikan oleh Rektor UniSIRAJ, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle dan melibatkan lebih 80 pembentang kerja dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Thailand, Nigeria, Iraq, Filipina, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan.
Antara tetamu yang hadir di persidangan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor (kanan) sekali turut hadir.
Mengulas mengenai usaha-usaha dan kejayaan pelajar-pelajar ini, Dr Muhammad Lukman menambah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
"Tanpa usaha, mustahil untuk kita capai impian dan membina bisnes yang berjaya seperti kata pepatah Melayu di atas, jika anda tak pecahkah ruyung atau kulit kayu yang keras pokok rumbia, macam mana nak dapatkan sagu.
"Bagi mendapatkan sagu, kulit pada pokok rumbia tersebut perlu dipecah-pecahkan terlebih dahulu maksudnya pepatah ini kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya bermaksud sesuatu cita-cita atau matlamat itu.
"Pepatah yang berasal daripada adat resam dan berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat ini bermaksud bahawa jika kita mahukan sesuatu, perlulah berusaha untuk mendapatkannya," jelas beliau.
Malah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda:
لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
Maksudnya: “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”
Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164), Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894)
Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Imam al-Munawi berkata: Hal ini menunjukkan bahawa tawakal tidak boleh dengan meninggalkan usaha. Tawakal hendaklah dengan melakukan pelbagai usaha yang akan membawa kepada hasil yang diingini. - KitaReporters
Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle (empat dari kanan) bersama tetamu kehormat bergambar kenangan selepas majlis perasmian.