.


Kempen gunting rambut yang bermula jam 9.00 pagi mendapat sambutan penduduk.

Pemuda UMNO cawangan Lendu Dalam dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lendu menganjurkan program gunting rambut percuma bagi murid dan pelajar sekolah daripada golongan keluarga B40 pada 28 Disember 2024.

Ketua Pemuda UMNO cawangan itu, Muhammad Nurhisham Zali berkata, usaha ini sebagai sokongan kepada penduduk terutama anak-anak mereka yang akan bersekolah bagi sesi 2025.

"Harapan kami bukan sahaja dapat meringankan bebanan keluarga malah duit yang akan digunakan untuk mengunting rambut di luar sebanyak RM8 hingga RM15 itu dapat digunakan untuk membeli peralatan atau kemudahan sekolah nanti,” sambungnya lagi.


Ketua Pemuda UMNO cawangan itu, Muhammad Nurhisham Zali (kanan) bersama kanak-kanak yang menunggu untuk gunting rambut.

Muhammad Nurhisham menambah bebanan itu mungkin kurang bagi mereka yang mempunyai seorang anak tetapi bagi keluarga yang mempunyai anak dua hingga ke atas pastinya membebankan keluarga.

Program yang dijalankan ini terbuka kepada penduduk di kawasan Lendu dan mereka yang terawal mendaftar akan diutamakan.

Sementara itu, dengan sambutan yang mengalakkan dalam kalangan penduduk,  pihak penganjur (Pemuda UMNO cawangan Lendu Dalam dan KRT Lendu) bercadang untuk meneruskan aktiviti kemasyarakatan ini termasuk menganjurkan penyediaan bubur lambuk pada bulan puasa tahun hadapan (2025).


Ibu bapa dan kanak-kanak membawa anak mereka untuk mengunting rambut.

Seorang bapa membawa tiga anaknya untuk mengunting rambut.

Kanak-kanak ini menunggu sejak awal pagi lagi.

Dalam pada itu, beberapa murid yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan berharap kempen gunting rambut ini akan diteruskan terutama ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Bagi Ijat Darwis Nor Hisham, 12, program gunting rambut secara percuma ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban keluarga malah yang penting menampakkan kekemasan ketika kesekolah nanti.

“Mungkin bagi kami kurang faham mengenai kategori B40, M40 dan T20 tetapi dengan aktiviti ini sesungguhnya mengembirakan ibu dan bapa kerana program seperti ini memberi penjimatan kepada ketua keluarga,” kata seorang lagi pelajar Muhammad Nurhisham Zali yang ditemui. - KitaReporters


Kekemasan rambut pastinya melegakan pelajar ini untuk sesi persekolahan 2025 nanti.

Kemas untuk memulakan sesi persekolahan baharu pada 2025.

 

 

12
10
0
7
0

Copy Link: