Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ingin menyatakan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk penghinaan terhadap Raja Perlis.
Sebagai institusi pendidikan yang berteraskan nilai-nilai Islam dan menghormati sistem beraja, MPP KUIPs percaya bahawa segala bentuk penghinaan dan kata-kata kesat yang ditujukan kepada Raja Perlis adalah tidak wajar dan melanggar adab serta tatasusila masyarakat Malaysia yang berbudaya dan beradab.
Majlis Perwakilan Pelajar KUIPs bagi sidang 2023/2024 ini akan terus mendukung prinsip-prinsip keharmonian, kesopanan, dan kehormatan, serta berusaha untuk menjadi contoh teladan kepada semua dalam menjaga maruah dan martabat institusi beraja serta nilai-nilai murni yang kita junjung. - KitaReporters/Kenyataan Media



9
16
0
15
0

Copy Link: