Tahniah 5 saintis muda SJKT Castlefield, Puchong! Pelajar menangi Anugerah Emas WYIE/ITEX 2024!
Published byPenghasilan produk yang disertai oleh pasukan Damian Matthew Emmanuel.
Debaran Pasukan Saintis Muda dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Castlefield, Puchong, Selangor menanti keputusan pertandingan Pameran Pencipta Muda Sedunia (World Young Inventors Exhibition atau WIYE) yang mereka sertai sempena Pertandingan dan Pameran Ciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (International Invention, Innovation, Technology Competition and Exhibition atau ITEX) 2024 yang berlangsung pada 16 dan 17 Mei 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur terjawab selepas diumumkan secara rasmi dan menerima hadiah berprestij pada 18 Mei 2024.
Ketua pasukan Damian Matthew Emmanuel bersama rakan-rakannya Immaculla Akshaya, Sri Abhirami, Yiroshan Sai Sivakumar dan Lavannya Vijiyan akhirnya menerima hadiah dan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas.
Ketua pasukan Damian Matthew Emmanuel bersama rakan-rakannya, Immaculla Akshaya, Sri Abhirami, Yiroshan Sai Sivakumar dan Lavannya Vijiyan bergambar selepas dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas.
Damian Matthew Emmanuel 10 tahun (kanan) menerima Pingat Emas daripada pihak penganjur.
Raut wajah semua ahli pasukan dan ahli keluarga juga memperlihat kegembiraan setelah hasil penat usaha mereka akhirnya meraih kejayaan.
“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,” itulah nukilan manis Damian Matthew Emmanuel ketika dihubungi malam tadi (18 Mei 2024).
Pengasas pasukan Saintis Muda Shan S. Romanazan (tengah).
Penyelaras pasukan Stan Emmanual (tengah) bersama murid yang menyertai pertandingan ini.
Guru Besar SJKT Castlefield, Puchong, Selangor, K. Karppaham (dua dari kanan) bersama pengurusan sekolah dan Yang Dipertua PIBG sekolah bergambar kenangan.
Lebih mengembirakan Guru Besar sekolah itu K. Karppaham juga nampaknya menarik nafas lega dengan pencapaian anak-anak muridnya itu.
“Terima kasih anak-anak dan ibu bapa sekolah ini yang sentiasa memberi sokongan sekaligus mengangkat nama sekolah ini di persada kebangsaan,” ujar K. Karppaham.
Pasukan ini berjaya meraih Pingat Emas melalui persembahan mereka iaitu ciptaan Kuki Tenaga iaitu ramuan tradisi organik Appatha yang bermaksud nenek kepada hakim yang mengadili pertandingan ini. - KitaReporters
Peserta pertandingan bergambar selepas majlis penyampaian hadiah.