Terbaik! 10 pensyarah UPSI terpilih sertai program jangka pendek! Di Harvard Universiti, AS!
Published byUPSI menjalankan kerjsama dengan mengambil iktisas dengan Universiti Harvard di AS menerusi program pembangunan profesional Akademi UPSI.
DEMI merealisasikan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke arah memperkasa pendigitalan pendidikan pada peringkat pengajian tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalankan kerjasama pengambilan ikhtisas dengan Universiti Harvard, Amerika Syarikat dalam Pembangunan Profesional Akademia UPSI.
Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, program Pembangunan Profesional Akademi UPSI menawarkan pensijilan Postgraduate Certificate in Higher Education (PGCHE) melibatkan 10 pensyarah wakil setiap fakulti.
Kesemua penyarah berkenaan akan mengikuti kursus jangka pendek selama lapan minggu anjuran The Derek Bok Centre for Teaching and Learning, Universiti Harvard bermula pertengahan bulan Oktober hingga Disember 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UPSI
Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berharap kerjasama strategik dengan pusat pengajian ternama dan terbaik global, dapat membantu misi UPSI unggul ke tangga 100 terbaik dunia.
“UPSI sentiasa komited meningkatkan penarafan universiti pada peringkat antarabangsa dengan menjalankan pelbagai inisiatif berkaitan melalui kerjasama strategik dengan pusat pengajian ternama dan terbaik di peringkat global.
"Diharapkan membantu misi menjadikan UPSI unggul ke tangga 100 terbaik dunia,” jelas Dr. Md Amin.
Terkini, rekod UPSI di tangga 176-200 pada peringkat The Time Higher Education (THE).
Seramai 10 orang pensyarah berpeluang mengikuti program PGCHE dari Universiti Harvard selama lapan minggu.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Marzita Puteh, berkata, peluang pensijilan yang diberikan kepada pensyarah ini bakal meningkatkan kompetensi tenaga pengajar terlibat untuk menambah baik strategi penyampaian pengajaran dan pembelajaran pada peringkat pengajian tinggi.
“Apa yang lebih menarik lagi, program PGCHE turut disertai 50 institusi pengajian tinggi yang terkemuka (Top 50 QS Ranking) seluruh dunia dan UPSI tidak ketinggalan.
"Program pengajian ikhtisas ini dijalankan secara secara intensif, melibatkan pembelajaran dalam talian dan pembelajaran kendiri serta bimbingan daripada tutor dan penyelia diperakui Harvard,” jelasnya.
Dekan Institut Pengajian Siswazah UPSI, Profesor Madya Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun, pula menyifatkan peluang dan pendedahan kepada pensyarah untuk melibatkan diri secara proaktif dan membuat refleksi berterusan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran, mereka bentuk portfolio serta merancang kerjaya sebagai pengajar di peringkat pengajian tinggi.
“Peserta-peserta daripada kalangan pensyarah yang dipilih melalui tapisan di peringkat fakulti dan universiti bagi memilih mereka yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran serta sumbangan kepada universiti sepanjang perkhidmatan,” ujarnya.
Prof Dr. Marzita Puteh (lima dari kanan) seorang daripada 10 peserta yang mengikuti kursus jangka pendek selama lapan minggu anjuran The Derek Bok Centre fo Teaching and Learning, University of Harvard .
Mereka adalah Profesor Madya Dr. Nur Ikhwan Mohamad (Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan), Profesor Madya Dr. Som Cit Si Nang (Fakulti Sains & Matematik), Dr. Mohd Azlan Mohammad Hussain (Fakulti Teknikal & Vokasional), Dr. Muhammad Fadhil Wong Abdullah (Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif), Dr. Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin (Fakulti Bahasa & Komunikasi), Dr. Grace Annammai Gnana Piragasam (Fakulti Pembangunan Manusia), Dr. Samsuddin Abd Hamid (Fakulti Sains Kemanusiaan), Dr. Christine Augustine (Fakulti Muzik & Seni Persembahan), Dr. Nor Hasnida Che Md Ghazal (Fakulti Pembangunan Manusia) dan Dr. Jessnor Elmy Mat Jizat (Fakulti Pengurusan & Ekonomi). - KitaReporters