Video| Shidee GV8 okey tapi ada batuk darah! Jatuh skuter elektrik! Hendak solat asar di surau!
Published byPenyanyi popular era 1980-an, Shidee, 62, yang merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) mengalami kemalangan di kawasan kediamannya di PPR Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur ketika menaiki skuter elektrik pada petang Ahad, 6 Februari 2022.
Shidee ketika dihubungi media menyatakan dia tidak tahu bagaimana kejadian berlaku, sama ada jatuh sendiri atau dilanggar. Ini kerana dia hanya sedar apabila sudah berada dalam ambulans menuju ke hospital.
Sementara itu menurut isterinya, Siti Fairunnisa Aziz kepada media, dia dihubungi seseorang yang memaklumkan Shidee kemalangan selepas terjatuh ketika menunggang skuter elektrik dalam perjalanan ke surau.
Ketika sampai di tempat kejadian, dia melihat suaminya sudah terbaring bersama beberapa orang dan kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun menurut Fairunnisa, Shidee hanya mengalami kecederaan ringan dengan luka kecil dan juga bengkak pada bahagian muka akibat terjatuh.
Fairunnisa mengucap terima kasih kepada orang ramai yang menemui Shidee terjatuh dan menghubungi ambulans.
Dia kembali mendapat jemputan nyanyian setelah menyertai program nyanyian yang popular itu. - KitaReporters