Terbaiklah Insken! Bantu usahawan sesuaikan diri dan teruskan perniagaan! Dalam norma baharu!
Published byINSTITUT Keusahawanan Negara Berhad (Insken) berjaya membantu usahawan menyesuaikan diri serta meneruskan perniagaan dengan norma baharu melalui dua program bimbingan iaitu Insken Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) dengan sebanyak RM9.8 juta peningkatan hasil jualan.
Di samping itu, sebanyak 256 pekerjaan baharu berjaya dicipta melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi ini yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahawan
Noh Omar (tengah) bersama graduan pada Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 20202021 di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2022.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, diharapkan lebih ramai usahawan dapat dilahirkan dan pelbagai peruntukan diberikan oleh kerajaan dan agensi dilantik untuk memberi bimbingan terutama usahawan dilatih Insken.
Lulusan yang lulus di bawah program Insken, mereka secara automatik diberikan kelulusan permohonan pinjaman dan mendapat pengesahan daripada Insken dan diluluskan secara serta merta.
NOH OMAR
“Insken sentiasa konsisten menghulurkan bantuan berbentuk latihan serta bimbingan bagi memastikan usahawan dapat kekal bertahan ketika pandemik yang kini dapat menyaksikan usahawan mula menyesuaikan diri dengan norma baharu.
"Usahawan dilihat bukan sahaja mampu berdepan dengan norma baharu malah catatan hasil peningkatan jualan ini merupakan sebuah penanda aras yang amat baik."
“Usahawan yang berjaya meningkatkan hasil jualan ini adalah bukti mereka mampu meneruskan perniagaan walaupun perlu mengamalkan norma baharu dan bukan penghalang untuk terus maju ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata demikian pada Majlis Graduan Program Bimbingan Insken 2020/ 2021, di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2022 lalu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin.
MOHD FIRDAUS AZHARUDDIN
Sementara itu, kata Muhd Firdaus, seramai 295 peserta Program IBBC tamat bimbingan secara one-on-one selama empat bulan merupakan usahawan dari industri Postnatal Care, Café & Restaurant, Bakeri, Jualan Pasaraya, Jahitan dan Eco-tourism.
Kesemua peserta program ini yang telah dibimbing oleh pakar industri sekali gus mencatat peningkatan jualan yang cukup memberangsangkan.
“Seramai 170 peserta dari dua kohort Program E-Board dibimbing membuat pemasaran digital selama empat bulan berjaya mencatat peningkatan hasil jualan melebihi RM560,000.
“Usahawan yang menyertai program ini berjaya membuat transformasi perniagaan ke arah digital dengan menggunakan platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, Shopee, Lazada, Telegram dan YouTube.
“Oleh itu, Insken akan terus memberikan bimbingan kepada usahawan melalui dua program ini yang masih lagi diteruskan pada 2022,” katanya.
Usahawan Perkhidmatan Makanan dan Minuman Kesihatan, Azanil Putra Rapaai, yang juga peserta Program E-Board yang telah mencatat peningkatan hasil jualan tertinggi iaitu sebanyak 233.03 peratus.
Usahawan berasal dari Pahang ini berkata, hasil jualannya mula meningkat selepas memasarkan perniagaannya dalam platform Shopee.
“Stok produk juga perlu ditambah serta-merta akibat permintaan yang semakin tinggi.
“Program anjuran Insken ternyata membantu saya untuk meningkat perniagaan saya sehingga berlipat kali ganda keuntungannya,” katanya.
Manakala bagi Program IBBC, peningkatan jualan tertinggi dicatat oleh Nor Paizah Rohaizard yang menjalankan perniagaan Postnatal Care.
Kata pemilik perniagaan Sentuhan Quinn itu, peningkatan jualan sebanyak 251 peratus berjaya dicapai setelah membuat penjenamaan semula syarikat dan memperbaharui pakej serta produk yang bersesuaian dengan permintaan pelanggan.
“Selain itu, saya juga menambah bilangan pekerja atau Confinement Lady bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
“Semenangnya saya tidak jangka pembabitan dalam program bimbingan Insken dapat memberikan sinar baharu terhadap perkhidmatan yang diusahakan,” katanya dalam kenyataan media itu.
Secara keseluruhan, Insken melaksanakan 31 Program BBC dan 10 kohort Program E-Board pada tahun 2021. - KitaReporters