.


Hasil ciptaannya terpilih untuk menjadi peserta dalam Rancangan Realiti TV Astro dengan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, 2024.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Siti Noor Ismail menghasilkan aplikasi Smart e-QIAS (Sistem Penambahbaikan dan Perakuan Kualiti Elektronik atau Electronic Quality Improvement and Accreditation System) bagi mengatasi masalah yang berlaku di Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAK) iaitu Tadika (taman didikan kanak-kanak) dan Taska (taman asuhan kanak-kanak).


Prof Madya Dr Siti Noor Ismail menunjukkan aplikasi e-QAIS yang dihasilkan.


Menurut pengkaji yang juga pensyarah universiti ini aplikasi yang dihasilkan ini pastinya dapat mengenal pasti PPAK yang beroperasi secara tidak sah atau tidak berdaftar dengan pihak berwajib.

Katanya, dengan aplikasi ini sudah tentu kecuaian pengasuh sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian bayi dapat dikawal seperti yang dipaparkan dalam media.

‘Melalui e-QIAS ini juga pastinya penambahbaikan dapat dilakukan termasuk amalan kualiti dan juga memantau perkembangan di PPAK dengan mudah dan cepat," sambung beliau yang juga Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti (UTLC) UUM.


Pengarah UTLC yang juga pensyarah UUM bersama beberapa anugerah yang diterima hasil penghasilan aplikasinya.

Memandangkan tidak ada alat ukur kualiti yang seragam untuk digunakan oleh semua PPAK di Malaysia dan menyukarkan ibu bapa khususnya mengakses maklumat tentang PPAK, maka Smart e-QIAS ini direka dengan ciri-ciri mudah, cepat dan tepat .

Antara fungsi utama Smart e-QIAS ini adalah pengukuran dan pemantauan tahap amalan kualiti di semua PPAK di negara ini dengan mudah, cepat, tepat dan menggalakkan konsep ecogreen (ekohijau atau mesra alam) serta tidak perlu menggunakan kertas lagi.


Hasil ciptaannya turut mendapat penghargaan dari pihak universiti.

Bagi penarafan pula aplikasi ini dapat menilai tahap amalan kualiti yang mereka lakukan setiap hari berdasarkan bilangan star yang diperlolehi apabila mereka menjawab instrument pengukuran yang telah ditetapkan oleh e-QIAS sama ada adalah sangat memuaskan, memuaskan, kurang memuaskan dan tidak memuaskan.

Aplikasi ini juga akan menjejak mana-mana PPAK yang masih tidak berdaftar pengoperasian mereka menerusi fungsi geotagging.

Moga penciptaan dan pengenalan ini dapat membantu masyarakat dan komuniti di negara ini kelak. - KitaReporters/UUM


14
11
0
12
0

Copy Link: