Dewan Muadzam Shah UUM jadi tumpuan penerima Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia.


SEBANYAK 7,600 permohonan kemudahan peranti di bawah program Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia untuk mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) diedarkan di kampus UUM Sintok ini.

Focal Point Penyelaras PerantiSiswa UUM dan Penyelaras Hab Pengagihan PerantiSiswa Kubang Pasu, M Shahadat Ali Nordin yang dilantik oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di UUM berkata, sebanyak 3,538 peranti diedarkan sejak 19 Oktober 2022 lalu manakala selebihnya pada 20 Oktober 2022


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gajet atau peranti



Antara pelajar yang hadir untuk menerima alat PerantiSiswa.


Dalam pada itu, beberapa pelajar yang dtemui gembira dan bersyukur kerana menerima peranti ini. 

Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara, Durgashini a/p James Selva Kumar, 22, penerimaan peranti ini memberi kelegaan kepadanya dan seolah-oleh memenuhi hasrat mendiang bapanya yang tidak kesampaian untuk membeli kerana meninggal dua bulan lalu akibat penyakit kanser. 

“Bapa pernah berjanji untuk membeli peranti untuk kegunaan saya tetapi akibat diserang penyakit kanser maka pembelian itu tertangguh dan hari ini saya gembira kerana akhirnya dapat peranti yang saya idamkan untuk kerja-kerja tugasan pengajian saya,” sambungnya lagi. 


Durgashini A/P James Selva Kumar pelajar semester lima.

Manakala pelajar semester tiga Ijazah Sarjana Muda Perakaunanan, Tan Ying Hua, 22, yang ditemui berasa lega kerana mendapat peranti ini. 

"Saya amat memerlukan peranti ini untuk kegunaan dalam pengajian saya dan akhirnya keinginan untuk memilikinya tercapai juga,” ujarnya lagi. 


Tan Ying Hua


Bagi pelajar Multimedia semester tujuh, Muhammad Hilman Zakariya, 22, pula penerimaan PerantiSiswa ini tepat pada masanya kerana banyak tugasan yang perlu disiapkan. 

“Saya telah membuat permohonan pada April (2022) lalu dan hari ini saya telah menerimanya,” katanya ketika ditemui.


Muhammad Hilman Zakariya.

Baru-baru ini Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, sebanyak 50,667 permohonan kemudahan peranti di bawah program Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Zon Utara telah diluluskan. 

Jumlah itu mewakili 54 peratus daripada 87,222 permohonan daripada penuntut universiti awam dan swasta; politeknik dan kolej komuniti di Pulau Pinang, Perak, Kedah serta Perlis yang diterima sehingga 18 Oktober 2022 lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 9,001 permohonan penuntut IPT di Pulau Pinang diluluskan, manakala selebihnya 17,967 dari Perak, 14,913 dari Kedah dan 8,786 dari Perlis. - KitaReporters


Pelajar terima peranti siswa keluarga Malaysia. 

16
10
0
10
0

Copy Link: