Bila kerja petugas media dihargai dan diraikan.


ANDA ada cerita menarik atau dokumen penting untuk dikongsi tapi tiada cara sebarkannya?

Jangan bimbang kerana buat julung kali Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menjadi pusat pengajian tinggi pertama negara membangunkan podcast (audio siar), kini menawarkan khidmat podcast itu kepada orang yang berminat untuk menyebarkan maklumat.

Ini termasuk dokumen penyelidikan, pengajian, program khidmat sukarela kepada masyarakat sehingga pembabitan pelajar universiti dalam acara dalam dan luar negara.


Lagi cerita-cerita 



Naib Canselor USIM, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata semua maklumat itu akan disunting dalam gaya bahasa yang ringkas, mudah difahami semua lapisan peringkat masyarakat. 

Maklumat itu termasuk ilmu penyelidikan yang selaluinya bahan bacaan yang agak rumit akan diaudiosiarkan dengan mengambil masa antara tujuh hingga 10 minit saja.

Setakat ini, USIMPodcast itu mempunyai kategori Study@USIM, USIM Engaged, Inspiring Alumni, Our Research and Innovations, Publications and INAQ@USIM. 

Podcast ini dilancarkan dalam laman sesawang (web site) https://podcasts.usim.edu.my.


Profesor Ts. Dr. Sharifudin kanan melancarkan buku yang mengandungi keratan akhbar tentang pusat pengajian tinggi itu. Berkot hitam adalah Dr Hammad Fardi 


"Semua bahan ini akan disusun mengikut katogeri dan pensyarah kita akan terbabit dalam menemu bual, perbincangan, penceritaan, perbualan solo atau pelbagai teknik lain yang difikirkan bersesuaian," katanya ketika berucap mengenai podcast itu pada Majlis Bersama Media-USIM yang berlangsung di sebuah pusat peranginan di Nilai, Negeri Sembilan pada Jumaat, 14 Oktober, 2022.

Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan buku meja (coffee-table book) yang mengandungi keratan akhbar tahun 2021 dan cabutan bertuah serta menyampaikan sijil penghargaan kepada media yang banyak membantu USIM dalam melaporkan aktiviti ilmu dan khidmat kemasyarakatan oleh pelajar universiti itu untuk mempromosikan menara gading berkenaan sehingga terkenal di seluruh dunia.

"USIM ingin membantu podcast dokumen penyelidikan anda untuk membolehkan sumber maklumat itu boleh diakses oleh ramai orang yang berminat, sekali gus dikongsikan dalam laman sesawang serta sosial media, agar dapat dijadikan idea," katanya.



Sementara itu ketika meraikan petugas media, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM, Dr Hammad Fardi Mohd Saudi, berkata, "USIM sangat menghargai rakan-rakan media dalam memberi liputan publisiti ke atas program untuk menghebahkan nama baik pusat pengajian, sebagai mendukung agenda dan hasrat memperkembangkan visibility (keterlihatan) dan kemajuan mahasiswa kepada masyarakat," 

Katanya lagi, walaupun tertangguh hampir dua tahun dan menggunakan tema Mawar Hitam (Black Rose) untuk menggambarkan, di sebalik kedukaan, ada semangat baru, selari dengan pentadbiran USIM yang diketuai naib canselor baharu dan secara amnya untuk menonjolkan keberadaan @ keterlihatan (visibility) USIM pada mata dunia.


Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman sebagai tetamu utama dan menerima sijil penghargaan.


"Sokongan luar biasa media dan gerak kerja di USIM, terbukti apabila nilai 'PR value' terus melonjak untuk tiga tahun ini. Pada 2020, USIM mencatatkan PR Value RM62 juta. Ketika Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, PR Value USIM pada tahun 2021 meningkat kepada RM3.6 billion. 

"Sehingga 13 Oktober 2022 ini, USIM telah mencatat PR Value sebanyak RM11.9 juta dan jumlah ini dianggap tertinggi bagi sebuah pusat pengajian yang mempunyai niche mengkhusus. 

"Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih pada media menjadikan USIM cemerlang," katanya.

Pada majlis itu, Profesor Ts. Dr. Sharifudin bersama tetamu utama menyampaikan hadiah termasuk cabutan bertuah dengan hadiah utamanya, basikal lipat kepada petugas media. 

Sebahagian besar pulang dengan senyuman paling manis dan membawa bersama hadiah barangan elekrtik, hamper sijil penghargaan. 

KitaReporters turut menerima sijil penghargaan yang diterima Editornya, Gamal Nasir Mohd Ali. - KitaReporters


Terima kasih dari USIM untuk KitaReporters


Terima kasih daun keladi.


Dari USIM buat petugas media berbahasa Cina.

7
9
0
16
0

Copy Link: