Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melahirkan rasa dukacita dan sedih di atas pemergian dua orang pelajar siswazah dan lebih 20 orang ahli keluarga mangsa akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin pada Ahad 8 Oktober 2023 yang lalu.

Pengeboman oleh Zionis dibuat selepas Hamas melancarkan serangan mengejut besar-besaran pada pada awal pagi Sabtu, 7 Oktober 2023 (waktu di Gaza, Palestin).

Mohammed J. H. Alzaanin, calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM terkorban dalam serangan bom yang berlaku di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira jam 8 pagi.

Perkara ini disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar H. M. Mahariq. Turut terkorban adalah empat orang anak mangsa. Hanya seorang anak mangsa dilaporkan terselamat.

Menurut Badereddin Seyam, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, turut terkorban adalah 20 ahli keluarga mangsa dalam serangan bom oleh rejim Zionis di Gaza itu.

Mohammed J. H. Alzaanin baru sahaja selesai menjalani sesi viva-voce di USIM pada 5 Julai 2023 yang lalu manakala isterinya dijadualkan menduduki ujian viva-voce pada 23 Oktober ini.

Salam Takziah daripada seluruh warga USIM moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman.  - KitaReporters/USIM


11
9
0
15
0

Copy Link: