Tahniah! 5 pelajar tajaan alumni UPM berjaya tamatkan pengajian! Tempoh 3 tahun yang tidak sia-sia!
Published byTidak mensia-siakan biasiswa yang ditaja oleh alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), seramai lima pelajar telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing pada Majlis Konvokesyen UPM ke-47, Sidang 1, di Kampus Bintulu, Sarawak pada 4 November 2023 lalu.
Mereka terdiri daripada Nurul A’fifah Nabila Ahmad,
Diploma Pengurusan Perladangan Makanan, pelajar tajaan Biasiswa Soh Kim Mee; Mirna Makiri Diploma Pertanian,
pelajar tajaan Biasiswa Chapter Cyperus 92 (2.0); Nurul Sajeedah Abd Rahman,
Diploma Pertanian, pelajar tajaan Biasiswa Chapter Cyperus 92’ (2.0); Muhammad
Mu’izuddin Sakka Diploma Pertanian,
pelajar tajaan Biasiswa Chapter Cyperus 92’ (2.0); dan Muhammad Khairin
Danish Mohd Khairani, Diploma Pengurusan Perladangan Makanan, pelajar tajaan
Biasiswa TMJ.
Kesemua pelajar ini antara 484 graduan yang berjaya menerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Sarjana (Master), Bachelor dan Diploma yang telah disampaikan oleh Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Dewan Sri Kenyalang.
Pendaftar UPM dan juga penaja biasiswa QKB MPP 04
bersama Mat Razi, penaja biasiswa Chapter Cyperus 92' (2.0) bersama
Timbalan Pengarah ARCUPM, Fahmi Azar Mistar bersama pelajar tajaan biasiswa
alumni UPM.
Selama tiga tahun pengajian kesemua pelajar ini,
setiap kos berkaitan pengajian telah dibiayai sepenuhnya daripada pihak penaja
yang merupakan alumni UPM sama ada yang sedang berkhidmat di UPM dan juga yang
berjaya dalam industri masing-masing di luar UPM.
Mereka telah menikmati keistimewaan ini sejak dari tahun satu pengajian. Mereka ini dipilih dengan kriteria tertentu.
Syarat utamanya ialah perlu cemerlang dalam akademik, aktif dalam kokurikulum dan diberikan keutamaan kepada para pelajar yang memerlukan bantuan kewangan seperti golongan keluarga B40, asnaf dan juga pelajar Orang Kurang Upaya (OKU).
Pendaftar UPM merangkap wakil penaja biasiswa QKB MPP 04, Muhazam Mansor.
Muhazam Mansor (Alumni UPM Kelas 2006), Pendaftar UPM, merangkap Penaja Biasiswa Alumni QKB MPP 04, antara yang hadir di kampus Bintulu untuk bersama-sama pelajar dalam sesi temu mesra penaja biasiswa bersama pelajar yang bergraduat.
“Hari ini kami bangga melihat para pelajar yang ditaja dari tahun satu, sudah berjaya menerima skrol masing-masing. Kami mengharapkan pelajar semua memanfaatkan ilmu dengan sebaiknya untuk diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan juga alma mater tercinta.
“Pelajar semua sudah bergelar alumni UPM maka jadilah alumni yang memainkan peranan yang terbaik untuk kita bersama-sama mengharumkan nama UPM dan bersama-sama dengan universiti untuk menggalas amanah dan tanggungjawab demi memartabatkan institusi pendidikan negara,” ujar beliau.
Mat Razi Abdullah bersama para pelajar
tajaan biasiswa Chapter Cyperus 92' (2.0) pada konvokesyen UPM kali ke-47.
Manakala wakil daripada penaja Chapter Cyperus 92’ (2.0), Mat Razi Abdullah, mengingatkan para pelajar khususnya pelajar tajaan Chapter Cyperus 92’ (2.0) agar sentiasa mengekalkan hubungan baik agar dapat bersama-sama merealisasikan moto UPM “berilmu berbakti” untuk menjayakan agenda kecemerlangan universiti.
Bagi Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) yang
diwakili oleh Timbalan Pengarah, Fahmi Azar Mistar menegaskan ARCUPM
selaku entiti penghubung antara alumni, alma mater dan pelajar, mengalu-alukan
kehadiran alumni.
Dalam erti kata lain, bersama-sama kembali menyumbang kepada universiti bukan sahaja untuk kecemerlangan universiti tetapi juga dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan meneruskan pengajian.
Wakil penaja biasiswa Cyperus 92'(2.0), Tuan Haji
Razi Abdullah.
Turut hadir pada sesi itu, Timbalan Pendaftar Pusat Asasi Sains UPM merangkap wakil penaja Chapter Cyperus 92’ (2.0) Mat Razi Abdullah (Alumni UPM Kelas 1992); Penasihat Undang-Undang UPM, Muhammad Adil Ahmad Tajuddin; Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Fahmi Azar Mistar (Alumni UPM kelas 1998 & 2010); dan Pegawai Psikologi Kanan Pejabat Pengurusan Pelajar UPM Kampus Bintulu, Muhammad Abdul Rahim Habib (Alumni UPM kelas 2022). - KitaReporters
Pendaftar UPM (tengah) bersama Timbalan Pengarah
ARCUPM, Fahmi Azar Mistar (kiri), Razi (berbaju biru, tengah) bersama
Nurul A'fifah Nabila Ahmad, pelajar tajaan biasiswa alumni biasiswa Soh Kim Mee.