Food Bank YaPEIM! 510 pelajar UniSZA dapat sumbangan makanan
Published byNASIB pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu yang terpaksa tinggal di kampus ketika berhadapan dengan penularan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak pernah diabaikan malah mereka tetap diberi pelbagai bantuan oleh pihak yang bersimpati dengan mereka. : KitaReporters
Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu
Lagi cerita-cerita berkaitan UniSZA:
https://kitareporters.com/search?search=unisza
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) antara agensi kerajaan yang peka dan bersimpati dengan masalah yang dihadapi pelajar di institusi pengajian tinggi dan memikul tanggungjawab sosial untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
Berikutan itu pelajar UniSZA yang tinggal di Kampus Gong Badak dan Kampus Perubatan, Kuala Teregganu bernasib baik kerana pihak YaPEIM tidak mengabaikan nasib yang menimpa pelajar terbabit. Seramai 510 pelajar dari dua kampus terbabit menerima sumbangan barangan makanan daripada YaPEIM.
Prof Madya Dr Afandi Salleh
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof Madya Dr Afandi Salleh berkata, sumbangan makanan seperti air kotak, biskut dan roti yang bernilai hampir RM3,000 itu diagihkan kepada pelajar yang masih berada di dalam kampus.
Katanya, pengurusan UniSZA mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pihak YaPEIM atas sumbangan ini dan ia sangat memberi seribu makna kepada
pelajar yang ada di kampus.
Sesi penyerahan Food Bank YaPEIM kepada pelajar UniSZA
"Insya-Allah, dengan sumbangan
ini, ia dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan makan pelajar," katanya.
Beliau berkata, sesi penyerahan Food Bank YaPEIM 2.0 Ready To Eat itu diadakan secara sederhana di Foyer Asrama Kampus Gong Badak dan perkarangan Asrama Maidam, Kampus Perubatan.
Simbolik penyerahan pek makanan kepada pelajar UniSZA
Menurut Prof Afandi, sesi penyerahan sekali lagi akan diadakan pada minggu depan kepada 510 pelajar yang terbabit.
Beliau berharap, dengan adanya sumbangan berupa makanan tersebut ia dapat membantu meringankan beban pelajar yang masih berada di kampus terbabit. - KitaReporters