Berita Terkini| UTM dikawal sepenuh MKN mulai 21 Mei hingga 3 Jun! Pelaksanaan PKPD di kampus!
Published byPELAKSANAAN PKPD di kampus UTM merupakan tindakan terbaik bagi mengekang penularan wabak daripada terus merebak.
PROSES kawalan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor akan diambil alih sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula esok, Jumaat 21 Mei hingga 3 Jun 2021 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampus itu.
Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi
Ismail berkata, segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM
Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN termasuk agihan makanan dan keperluan
khususnya kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman.
"Pelaksanaan PKPD merupakan tindakan terbaik bagi
mengekang penularan wabak daripada terus merebak, sekali gus memberi ruang
kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan sanitasi dan pengesanan kontak
terhadap kes-kes yang dilaporkan di kampus.
"Sungguhpun begitu, pengurusan universiti masih merupakan pemegang amanah utama terhadap kebajikan dan kesejahteraan seluruh warga kampus. Segala keperluan dan kebajikan warga kampus akan dipastikan terjaga dan terjamin,” katanya dalam kenyataan pada Khamis, 20 Mei 2021.
Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, segala keperluan asas dan kebajikan seluruh warga kampus UTM Johor Bahru akan diuruskan oleh MKN.
Ahmad Fauzi berkata, universiti itu akan menggerakkan bantuan secara berterusan kepada warga kampus yang terkesan.
Sehubungan itu beliau menasihati seluruh warga
universiti terbabit agar kekal tenang, mematuhi prosedur operasi standard (SOP)
yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM serta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih
berkaitan penularan Covid-19.
UTM dalam satu kenyataan pula memaklumkan semua
operasi fizikal di kampus UTM Johor Bahru tidak dibenarkan, dan kakitangan
universiti itu diminta bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh PKPD kecuali
kakitangan Pusat Kesihatan Universiti.
"Pintu pagar utama hanya akan dibuka hingga 5 petang ini untuk sebarang urusan penutupan pejabat. Hanya pintu pagar utama universiti iaitu Pintu 1 akan digunakan sepanjang PKPD, manakala perkhidmatan penghantaran makanan, kafeteria dan kedai di dalam kampus hanya dibenarkan hingga 10 malam ini sahaja.
"Kesemua pelajar tidak dibenarkan keluar dari kampus berkuat kuasa serta-merta dan kakitangan yang bertugas dalam perkhidmatan perlu, mesti tinggal di dalam kampus selama tempoh PKPD. Kafeteria dan kedai di dalam kampus akan ditutup sepanjang PKPD," menurut kenyataan itu. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter