Universiti Multimedia (MMU) dan Zchwantech Sdn. Bhd. memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi mengadakan kerjasama untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Perjanjian berkenaan ditandatangani Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd. Su’ud, Presiden MMU; dan Chay Weei Jye, Ketua Pegawai Teknologi Zchwantech Sdn. Bhd. di kampus MMU Cyberjaya pada 29 Januari 2024.

MoU tersebut membolehkan kedua-dua belah pihak mengadakan kolaborasi dalam penyelidikan, latihan industri pelajar, kursus pendek, geran penyelidikan, program i-Cadet dan sebagainya.

Prof. Mazliham berkata, perjanjian itu amat bertepatan dengan misi MMU melahirkan graduan dan tenaga mahir yang sentiasa sejajar dengan kehendak pasaran kerja.

 “Saya amat gembira dengan kolaborasi ini yang menyaksikan dunia akademik dan industri terus berganding bahu untuk sama-sama memajukan bidang penyelidikan sambil melahirkan tenaga mahir masa depan negara,” katanya.

Sementara itu. Chay melahirkan penghargaan kepada MMU di atas kerjsama berkenaan. 

“Saya amat gembira dengan peluang untuk bekerjasama bagi merealisasikan matlamat kita bersama. Hari ini adalah peristiwa penting bagi Zchwantech,” katanya.

Turut hadir pada majlis menandatangani MoU itu ialah Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid, Naib Presiden, Eksplorasi Pasaran, Libat Urus dan Titik Sentuh MMU; serta pegawai-pegawai delegasi dari kedua-dua belah pihak. - KitaReporters/MMU


11
12
0
15
0

Copy Link: