Usaha masyarakatkan Pusat Islam UUM! Sebagai pusat rujukan penduduk! Jadi pusat aktiviti keagamaan!
Published byPusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) mengalu-alukan warga kampus dan masyarakat menjadikan pusat ini sebagai rujukan hal ehwal Islam.
Pengarahnya Ustaz Mohd Yusnaidi Md Sabri berkata, universiti ini yang melahirkan ramai golongan cerdik pandai sejak ditubuhkan pada 1984 pastinya mengharapkan bimbingan dan nasihat dalam aspek terutama profesional, modal insan dan kemampuan interpersonal serta intrapersonal yang dimiliki untuk berinteraksi dengan masyarakat secara efektif.
Katanya, selain daripada warga kampus dan masyarakat setempat, pegawai-pegawai kerajaan, swasta dan pelajar Institusi pendidikan di negeri ini juga boleh menghadiri dan bersama-sama menjayakan program-program yang dijalankan untuk manfaat bersama.
“Kami bersedia untuk membantu mana-mana pihak untuk bersama-sama mempelajari dan mempraktikkan ilmu-ilmu yang berkaitan akidah, ibadah, syariat dan ajaran akhlak.
"Ini termasuklah mengikut program-program kesukarelawanan bersama Sahabat Masjid UUM yang menganjurkan beberapa program antaranya kursus mandi jenazah, kursus perkahwinan, kursus umrah, bantuan membersihkan halaman rumah dan kawasan sekiranya terlibat dengan bencana banjir dan kebakaran terutamanya," sambung beliau lagi ketika ditemui.
Dalam pada itu, Pusat Islam mengambil inisiatif untuk membimbing semua pihak sama ada masyarakat atau warga kampus ini sebagai imam, khatib, guru al-Quran, bilal dan menyampaikan tazkirah.
Moga peluang ini akan direbut oleh semua pihak termasuk pelajar bukan Islam dengan menggunakan ruang-ruang seperti gazebo untuk mereka berbincang dan menjadikan tempat rehat sambil menikmati makanan dan minuman di Kafeteria Pusat Islam. - KitaReporters/UUM