Delegasi UPSI tiba di Anjung Tamu UUM.

Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Jabatan Komunikasi Korporat Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 9 Januari 2024.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala serta bertukar-tukar pengetahuan dan amalan terbaik dalam bidang komunikasi korporat antara kedua-dua institusi.

Rombongan dari UPSI yang diketuai Timbalan Pengarah (Media) BKK UPSI, Prof Madya Dr Ghazali Din ini disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat (JKK) UUM,  Bakhari Che Mohamed Ariff  bersama-sama staf lain.


Anjung Tamu menjadi pilihan untuk bergambar kenangan.


Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat mengenai struktur organisasi, strategi komunikasi, dan pendekatan inovatif yang diamalkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat UUM.

Sepanjang sesi tersebut, beberapa topik utama dibincangkan termasuklah pengurusan media, pengendalian krisis, strategi pemasaran digital, dan peranan komunikasi korporat dalam meningkatkan reputasi institusi.

Kedua-dua pihak turut berkongsi pengalaman berkenaan cabaran serta penyelesaian dalam menyampaikan mesej kepada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pelajar, kakitangan, dan masyarakat umum.

Sesi lawatan delegasi ini termasuk ke Anjung Tamu, Unifilm Studio, U-Assist dan sekitar kampus selain dari melihat secara langsung teknologi dan infrastruktur terkini yang digunakan oleh UUM dalam melaksanakan tugas komunikasi korporat.


Delegasi BKK UPSI melawat operasi Studio Unifilm UUM.

Bakhari Che Mohamed Ariff (tiga dari kiri) sedang berbincang dengan Prof Madya Dr Ghazali Din.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Media) BKK UPSI, Prof Madya Dr Ghazali ketika ditemui berkata, lawatan ini sangat bermakna dan dapat diaplikasikan secara bersama nanti.

Dalam pada itu Ketua JKK UUM, Bakhari Che Mohamed Ariff yang juga ditemui turut menyatakan komitmen mereka untuk terus menjalin kerjasama dengan UPSI.

“Kami percaya pertukaran idea dan pengalaman seperti ini mampu memperkukuh hubungan antara universiti serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam mencapai kecemerlangan institusi masing-masing,” tambah beliau.


Pengarah JKK UUM (kanan dan Timbalan Pengarah (Media) BKK UPSI bertukar cenderamata.


Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata sebagai simbolik penghargaan dan kenangan antara kedua-dua institusi. 

Dengan adanya lawatan seperti ini, kedua-dua universiti berharap dapat memperkukuh hubungan strategik serta terus bersama-sama menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia. - KitaReporters/UUM


Prof Madya Dr Ghazali Din menandatangani buku pelawat.

 

9
12
0
15
0

Copy Link: