UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Majlis Meraikan Atlet ke Kejohanan Sukan SEA Hanoi 2021 bagi meraikan kejayaan atlet negara yang juga merupakan pelajar UPM pada 14 Jun 2022.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata majlis itu diadakan khusus sebagai memberi penghargaan kepada atlet-atlet UPM yang berjaya mengharumkan nama negara dan UPM.

36 atlet UPM telah dipilih mewakili Malaysia di Kejohanan Sukan SEA, Hanoi dan mereka menyumbang sebanyak tujuh pingat emas, empat pingat perak dan sembilan pingat gangsa daripada jumlah 56 emas, 55 perak dan 75 gangsa yang dicapai oleh kontinjen Malaysia dan ini adalah satu pencapaian yang baik,” katanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejohanan Sukan SEA


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pendaftar UPM, Muhazam Mansor yang mewakili Naib Canselor UPM.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Unit Prestasi Tinggi, Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Nazmizan Muhamad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu; Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman; Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej UPM, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah; dan pegawai-pegawai kanan UPM.

Selain itu, enam atlet UPM menerima Anugerah Pingat Emas menerima intensif sebanyak RM700; iaitu Ng Yan Yee (terjun); Jellson Jabillin (terjun); Hanis Nazirul Jaya Surya (terjun); Rachel Yeoh Li Wen (gimnas), Andre Anura @ Anuar (lompat kijang) dan Nor Sarah Adi (lompat bergalah).



Anugerah Pingat Perak menerima insentif sebanyak RM500 diterima oleh lima atlet iaitu Syaqiera Mashayikh (memanah); Jonathan Nyepa (olahraga); Muhammad Zulfiqar Ismail (olahraga); Queenie Ting Kung Ni (Lempar cakera) dan Muhammad Faisal Mohd Fuad (sepak takraw).



Anugerah Pingat Gangsa menerima insentif sebanyak RM300 iaitu Rachel Yeoh Li Wen (gimnas); Nor Sarah Adi (lompat galah); Syaqiera Mashayikh (memanah); Muhammad Erry Hidayat (angkat berat); Muhammad Shahrul Aimy Kamaru Hisham (gimnastik); Madhuri a/p Poovanesan (karate); Siti Nur Azwani Nor Azli (karate); Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli (memanah); Sadat Marzuki Ajisan (lontar tukul besi); Azreen Nabila Alias (olahraga), Zaidatul Husniah Zulkifli (olahraga) dan Mohamad Akram Rasit (tinju). - KitaReporters 


12
7
0
7
0

Copy Link: