Fikir luar kotak! USIM lahirkan graduan serba boleh! Martabatkan ilmu Islam dan pendidikan sosial!
Published byTetamu USIM berbual mesra
MISI utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mahu masyarakat melihat menara gading itu yang mengambil inisiatif pengajian "luar kotak" yang bukan saja mengutamakan pengajian berteraskan disiplin ilmu Islam tetapi memartabatkan pelajarnya dengan skil kemahiran sains kehidupan dan sosial.
USIM yang asasnya adalah menyediakan tempat alternatif untuk pelajar aliran agama melanjutkan pengajian mereka ke peringkat doktor falsafah (PhD) yang sebelum ini, mereka harus menyambung pengajian di negara Timur Tengah yang kadangkala mengalami pergolakan politik.
Kini USIM sudah melangkah menambahbaikkan graduan yang akan menempoh cabaran kerja dengan menggunakan pendekatan ilmu agama dan sains sosial.
Sehubungan dengan itu, di USIM menyediakan semua keperluan termasuk pengajian bahasa dan profesional serta sains dan teknologi, perundangan dan pengurusan sebagai tambahan kepada rakyat negara ini yang mahu menjimatkan yuran pengajian dalam bidang pilihan mereka serta mengambil kira faktor keselamatan.
Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani
Sehubungan dengan itu, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, dalam taklimat kepada wartwan pada Majlis Bersama Media 2024 di Putrajaya pada 26 Julai 2024 lalu memohon media tempatan dapat bekerjasama rapat dengan universiti bagi menyebarkan kemudahan di USIM.
"Kita mahu memaklumkan kepada masyarakat graduan USIM ini ada banyak kemahiran yang boleh dijadikan profail. USIM bukan saja sudah berjaya memberi pendidikan profesional bagi ilmu pengajian Islam malah kami memberi tambahan ilmu sains kemasyarakatan, kepimpinan dan pengalaman bergaul dengan orang-orang di luar bandar sebagai satu subjek pengajian "di luar kotak".
"USIM faham graduan kami bukan saja perlu menguasai asas bidang pengajian mereka ikuti tetapi pada masa yang sama, terselit sifat luhur, belas kasihan dan prihatin kepada masyarakat terutama penduduk luar bandar," katanya lagi.
Dr. Nik Norzrul Thani berkata kejayaan cemerlang program terbaru USIM - Jaulah Sukarelawan USIM 2024 pada 20 Julai 2024 lalu melaksanakan Semarak Siswa Madani (Chapter Kuala Lumpur) sangat luar biasa, bila lebih 200 geladangan di Jalan Belia Ckow Kit disantuni 120 ahli pelajar dan sukarela daripada Living Lab Team USIM dan kakitangan sukarela di KLiP Mobile and the Dental Clinic.
Malah mereka turut dibantu oleh lebih 20 sukarelawan NGO Food for Gelandangan (FFG) dalam memberi khidmat kemasyarakatan berkenaan.
"Ini satu contoh kejayaan terbaharu kami. Program mendekati geladangan ini akan diteruskan setiap tahun," katanya. Turut hadir Naib Canselor USIM dan kakitangan pengurusan tertinggi universiti berkenaan.
Tetamu termasuk penerbit dan pengarah filem Datuk Yusoff Haslam turut membantu USIM.
USIM mempunyai sembilan fakulti dengan pengajian utama adalah Pengajian Islam, Pengajian Undang-Undang dan Shariah, Pengajian Halal, Sains, Kewangangan, Pentadbiran, Kepimpinan Cybersecurity dan Fakulti Bahasa.
Asas penubuhan USIM adalah menyediakan pengajian bertaraf universiti dunia untuk pelajar aliran agama yang selalunya kena ke luar negara sesetengahnya di negara yang bergolak untuk mendapat ijazah lanjutan.
"Pergolakan di Gaza sekarang juga mendorong USIM mengambil pelajar Palestin menyambung pengajian di negara ini. Kita kini mempunyai 135 pelajar dari Gaza.
"Malah USIM turut menyediakan peluang kepada mereka menjadi pensyarah dan memberi segala kemudahan tempat tinggal dan kehidupan selesa serta tenang dalam usaha kita membantu saudara kita mencari ilmu dan menyumbang kepada Gaza.
'USIM turut melancarkan dokumentasi khas mengenai pejuangan rakyat Palestin dan besar harapan agar media negara ini dalam mendedahkan kejayaan mereka ke peringkat antarabangsa untuk memberitahu dunia semua tajaan dan sumbangan yang diterima adalah dimanfaatkan sepenuhnya," katanya lagi.
USIM turut menggunakan populariti pempengaruh (influencer) sosial bagi memacukan lagi nama universiti itu.
Selain itu, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) yang ditubuhkan pada 2017 yang khusus antara lain ialah dalam penghasilan al-Quran dalam bahasa Braille (Braille Quran Writing Guidelines) telah berjaya menyasarkan usaha membantu Orang Kurang Upaya (OKU). Malah melalui penulisan itu, USIM menjadi menara gading yang pertama melahirkan Tilawah OKU, terjemahan al-Quran dan Celik Solat.
Dr. Nik Norzrul Thani berkata penubuhan Klinik Gigi Bergerak oleh Fakulti Pergigian USIM yang disertai sukarelwan pelajar itu dan dengan semua peralatan yang mesra OKU dan orang tua, turut memudahkan khidmat diberikan di samping memahirkan graduannya dengan pengalaman menyantuni orang kampung dan golongan yang tidak bernasib baik.
Manakala Fakuliti Perubahan dan Sains Kesihatan turut melancarkan klinik bergerak - KLiP Mobile satu khidmat kesihatan mata untuk penduduk luar bandar mendapat pemeriksaan daripada pakar. Sekarang tempat yang selalu dilawati adalah Negeri Sembilan kerana USIM berada di Nilai.
Di majlis itu juga wakil daripada agensi akhbar dan portal berita dalam talian turut menerima plak dan sijil penghargaan. USIM turut memberi sijil perlantikan pempengaruh untuk membantu universiti. Majlis diserikan dengan nyanyian, persembahan pentas oleh pelajar OKU dan cabutan bertuah. - KitaReporters
Media bersama USIM