Pelajar kelas kewartawanan sedang mendengar ucapan dan pengumuman keputusan oleh Penyelaras Tekologi Media dan Kreatif Pusat kokurikulum UUM, Dr Azizah Md Yusof.


Oleh: Muhammad Fikri Mohd Sabri

Gambar: Narmatha Devi Jayakumar


Pelajar Kelas Kewartawanan Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM) menangi tiket penerbangan yang ditaja oleh KitaReporters dan Hiddan Travel Sdn Bhd.

Muhammad Sobri Mohd Sarib yang menghasilkan laporan bertajuk Tarikan Pelancongan di Bagan Datuk memenangi tiket penerbangan dan hadiah iringan daripada Kelab Usahawan Muslim Profesional selepas diumumkan sebagai Pemenang Wartawan Penyiaran.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kewartawanan

Muhammad Sobri Mohd Sarib muncul Pemenang Wartawan Penyiaran


Pelajar semester satu Sarjana Muda Komunikasi UUM ini adalah antara 59 peserta yang telah menghasilkan video mengikut tajuk masing-masing.

Anak bongsu dari lima beradik ini berkata, ilmu dan bimbingan daripada pensyarah yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan lebih 35 tahun dahulu membolehkannya menghasilkan laporan ini walaupun terpaksa berhadapan dengan kamera dan orang ramai yang menyaksikannya ketika membuat liputan itu.

“Saya memberanikan diri dengan semangat yang diberikan oleh pensyarah dan rakan yang membantu untuk menghasilkan laporan ini,” ujarnya lagi.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar, Perak ini yakin dengan usaha dan minat dalam bidang kewartawanan ini pastinya akan memberi kelebihan kepadanya untuk terus menghasilkan laporan yang lebih berkualiti selepas ini. 


Hakimah Hamdan yang memenangi Anugerah Wartawan Online.

Manakala rakan sekelasnya Hakimah Hamdan yang memenangi Anugerah Wartawan Online pula berkata, percubaan yang dilakukan ini adalah kali pertama dan tidak menyangka dirinya akan terpilih untuk memenangi anugerah ini.

“Niat saya untuk beraksi di hadapan kamera dalam segmen sebagai pembaca berita dan mengolahkan pula dengan gambar-gambar ketika membacanya memberi keseronokan untuk terus mencuba,” katanya.

"Semua pelajar diberi tugasan dan masing-masing telah menghasilkannya mengikut perkembangan semasa tetapi pemilihan saya sebagai pemenang merupakan hadiah yang amat bermakna kerana ini percubaan pertama saya," tambahnya.


Antara calon-calon anugerah buletin.


Buletin yang dihasilkan oleh pelajar kewartawanan.

Dalam pada itu tiga pelajar yang menghasilkan buletin secara berkumpulan Sharmily a/p Murugan, Nourel Ain Zaidi dan Khairunnisa Najwa Khairol Amri turut diumumkan sebagai pemenang, sekali gus memenangi hadiah sumbangan Kelab Usahawan Muslim Profesional dan sijil.

Majlis perasmian dan pengumuman keputusan disempurnakan oleh Penyelaras Teknologi Media dan Kreatif  Dr Azizah Md Yusof.

Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan jawatankuasa yang diketuai Muhammad Fikri Mohd Sabri.

“Bukan pemenang yang kita cari tetapi penghasilan berita dan laporan yang berkualiti serta kesungguhan pelajar-pelajar menghasilkannya selepas diberi bimbingan oleh pensyarah melalui modul kewartawanan menunjukkan kefahaman dalam pengajaran yang diikuti,” katanya ketika berucap pada majlis yang diadakan secara dalam talian. - KitaReporters


Majlis perasmian dan pengumuman keputusan disempurnakan oleh Dr Azizah Md Yusof.

Badan Eksekutif pelajar yang menganjurkan Anugerah Kewartawanan 2021.


Teks oleh Muhammad Fikri Mohd Sabri.

55
12
1
22
1

Copy Link: