SEBAGAI membalas jasa dan pengorbanan, sekumpulan alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menamakan kumpulan itu sebagai Anak Kandung Suluh Budiman bermurah hati apabila menyumbang dana ke arah pembangunan keceriaan universiti tempat mereka menimba ilmu suatu masa dulu.

Ibarat kembali menabur bakti kepada institusi yang membentuk mereka 'menjadi manusia' itu membuatkan bersepakat menghimpunkan sejumlah dana bagi menyiapkan hentian bas di kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, yang bakal memberi manfaat kepada 27,000 mahasiswa.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UPSI


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Muslimin Yahaya ketika hadir merasmikan program di UPSI baru-baru ini.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Muslimin Yahaya ketika hadir merasmikan program berkenaan berkata, usaha murni tersebut wajar dipuji lebih-lebih lagi inisiatif penjanaan untuk pembangunan universiti yang dijayakan sendiri oleh alumni universiti tersebut.

“Dengan perancangan dan komunikasi sempurna antara dua pihak iaitu alumni dan universiti, serta melalui pengurusan yang berkesan, membawa kepada kesepaduan ke arah memakmurkan pembangunan universiti dengan lebih cemerlang. 

Lebih membanggakan, apabila pusat pengajian yang bersejarah ini bakal meraikan sambutan ambang 100 tahun penubuhannya pada November (2021) nanti,” jelasnya yang juga merupakan alumni UPSI.

Mengulas lanjut, program seumpama itu katanya perlu diperluaskan bukan sahaja kepada siswazah yang muda sahaja sebaliknya diperluaskan lagi kepada alumni yang lebih 10 atau 20 tahun bergraduasi.

"Semestinya golongan ini berbangga sekiranya mereka mampu melihat keceriaan di univiersti di tempat mereka belajar dahulu," ujar beliau yang juga merupakan lulusan diploma perguruan khas di UPSI.


Hentian Bas Alumni sumbangan alumni bakal memberi manfaat kepada kira-kira 27,000 mahasiswa di kampus UPSI.


Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff hadir sama pada perasmian amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak luar.

Malah lebih berbangga katanya, sekiranya sumbangan berkenaan datang daripada alumni UPSI sendiri bagi membantu melestarikan pembangunan universiti ke arah yang lebih mapan.

"Kita mengalukan sekiranya bantuan itu datang daripada alumni UPSI sendiri yang ingin melihat universiti ini menjadi ke arah yang lebih baik," ujarnya. 

Katanya, UPSI telah melalui sejarah yang cukup panjang sejak penubuhannya bermula dengan Sultan Idris Teaching College (SITC) pada tahun 1922 yang telah melahirkan ramai cendekiawan dan tokoh bijak pandai. 

Katanya lagi, tidak membebankan sekiranya kumpulan ini boleh menyumbang ke arah pembangunan universiti ini. 


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Muslimin Yahaya yang juga alumni UPSI mahu usaha ke arah keceriaan universiti diperluaskan lagi.

Dalam pada  itu, Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr. Siti Hartini Azmi dalam kenyataannya memaklumkan, pembinaan hentian bas alumni merupakan inisiatif pelaksanaan jabatannya melalui dana penganjuran Kejohanan Golf Piala Tun Ghafar Baba pada tahun 2019 dengan kerjasama Pejabat Yang Dipertua  Pulau Pinang.

Malah, hasil dana penganjuran program tersebut digunakan untuk membina hentian bas yang bakal dinikmati mahasiswa di kampus UPSI.

“Pusat Alumni akan terus melaksanakan pelbagai program dalam usaha mengeratkan kerjasama berterusan antara universiti dan alumni. antaranya program ziarah kasih alumni, perkongsian kisah kejayaan alumni serta penerbitan alumni,” jelasnya. - KitaReporters


Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff melahirkan rasa bangga dengan kesepakatan alumni yang sanggup menghimpunkan demi menceriakan universiti.

16
13
0
10
0

Copy Link: