Berita Terkini| 16k pelajar UiTM semua kampus balik raya! Guna 200 kenderaan pelbagai jenis!
Published byKIRA-KIRA 16,000 mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) di semua kampus dijangka pulang ke kampung sempena cuti Aidilfitri.
Pejabat
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam berkata, lebih 200 unit
kenderaan pelbagai jenis, terdiri daripada bas, kenderaan pelbagai guna (MPV)
dan kereta disediakan untuk melancarkan Ops Pulang Aidilfitri berkenaan.
Pergerakan
pulang dengan mematuhi segenap prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) itu bakal membabitkan
keseluruhan 30 kampus UiTM serta lebih 700 kakitangan.
"Agihan
bilangan kenderaan diperlukan di setiap kampus mengikut zon akan ditentukan
dalam masa terdekat selepas semua pelajar melengkapkan borang soal selidik yang
diedarkan.
"Penghantaran
pulang akan bermula pada 7 Mei (2021) manakala penghantaran terakhir ialah pada 12 Mei dan UiTM akan menggerakkan semua jentera pengurusannya daripada yang
tertinggi dan pelbagai jabatan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar serta
Jawatankuasa Perwakilan Kolej.
"Ini
bagi menjamin kelancaran operasi, mematuhi SOP KKM dan MKN, selain memastikan
semua pelajar sampai ke destinasi dengan selamat,” ujarnya dalam kenyataan media
pada Isnin, 3 Mei 2021.
Pada 29
April 2021 lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan lebih 100,000
penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara dibenarkan pulang
ke kampung sempena cuti Aidilfitri kecuali Sarawak.
Menerusi
kenyataan dikeluarkan oleh KPT, pergerakan mahasiswa di setiap IPT akan dilaksanakan
secara berfasa-fasa bagi memastikan pergerakan terkawal, dengan tarikh pergerakan
pulang ke rumah masing-masing ditetapkan mulai 7 hingga 12 Mei 2021 manakala tarikh
kembali ke kampus bermula 15 hingga 20 Mei 2021.
Penuntut IPT
bagaimanapun diberi pilihan sama ada untuk pulang ke kampung masing-masing
sempena cuti Aidilfitri atau kekal tinggal di kampus.
Kenyataan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar itu menyebut, pelajar yang memilih untuk terus tinggal di kampus akan disantuni sebaik mungkin supaya suasana Aidilfitri turut diraikan bersama-sama. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter