Pengumuman penting! Istiadat Konvokesyen Ke-11 UPNM 2022 ditangguh! Kes COVID-19 bertambah serius!
Published byUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil keputusan untuk menangguhkan Istiadat Konvokesyen UPNM Ke-11 Tahun 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2022 ini.
Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini kes penularan COVID-19 yang menunjukkan peningkatan yang serius.
Ia juga sebagai langkah penting untuk pengawalan risiko terhadap kesihatan awam demi memastikan kesejahteraan serta keselamatan khususnya para graduan dan ahli keluarga serta warga Universiti sentiasa terpelihara, menurut satu kenyataan media UPNM hari ini, Khamis, 17 Februari 2022.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UPNM
Menurut kenyataan itu, "UPNM telah membuat pertimbangan sewajarnya untuk menangguhkan Istiadat Konvokesyen UPNM Ke-11 Tahun 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2022.
"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira situasi terkini kes penularan COVID-19 yang menunjukkan peningkatan yang serius.
"Langkah positif ini adalah penting sebagai tindakan pengawalan risiko terhadap kesihatan awam demi memastikan kesejahteraan serta keselamatan khususnya para graduan dan ahli keluarga serta warga Universiti sentiasa terpelihara.
"Pihak Universiti memahami serta prihatin terhadap keterujaan para graduan untuk meraikan kejayaan masing-masing dalam Istiadat Konvokesyen ini.
"Tarikh baharu Istiadat Konvokesyen UPNM akan dimaklumkan kemudian apabila keadaan mengizinkan. Maklumat lanjut tentang perkara ini akan diumumkan dari semasa ke semasa."
"Pihak UPNM juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul berikutan penangguhan Istiadat Konvokesyen ini dan amat menghargai segala jasa baik, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.
"Bersamalah kita berdoa mudah-mudahan keadaan situasi akan bertambah baik bagi merealisasikan hasrat pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UPNM. Insya-Allah," menurut kenyataan itu lagi. - KitaReporters