Prof Dr Basri Ibrahim (dua dari kiri) dan Dr Desri Arwen (kiri sekali) yang mewakili UMT menandatangani MoU.


Prof Dr Basri Ibrahim yang mewakili Rektor KUIPs (tiga dari kanan) menukar dokumen MoU dengan Dr Desri Arwen yang mewakili UMT. 


Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universitas Muhammadiyah Tangerang (UMT) pada 27 Ogos 2024 dan disaksikan oleh wakil Rektor KUIPs Prof Dr Basri Ibrahim yang juga Timbalan Rektor Akademik bagi pihak KUIPs dan Dr Desri Arwen yang mewakili UMT.

MoU ini adalah untuk memperkukuh, mempromosi dan membangunkan kolaborasi akademik jangka panjang serta kerjasama penyelidikan antara kedua-dua pihak.

Dengan termeterainya memorandum ini, KUIPs dan UMT akan memberi fokus kepada kerjasama dan perkara yang menjurus kepada kemasukan pelajar, penyelidikan, penerbitan, pembangunan dan inovasi.



Antara pensyarah yang turut membentangkan perkongsian beliau di simposium itu.

Bersempena dengan majlis ini sepuluh pensyarah dan pelajar pascasiswazah daripada Fakulti Perniagaan & Sains Pengurusan (FPSP) dan Fakulti Muamalat & Kewangan Islam (FMKI) KUIPs dan UMT sebagai panel turut menyertai simposium antarabangsa UM Tangerang dan KUIPs yang mengupas perbincangan bertemakan 'Sustainable Development for Global Islamic Management and Finance'.

Simposium yang dianjurkan ini mengupas isu-isu, cabaran dan trend semasa dalam bidang pengurusan (management), governans atau tatakelola (Governance) and operasi (operation) kewangan Islam.

Manakala topik-topik utama yang telah dibahaskan di dalam simposium ini termasuklah kelestarian kewangan Islam yang memberikan perubahan positif dalam industri perbankan pada peringkat global, cabaran dalam pelaksanaan kelestarian kewangan seperti pemenuhan keperluan pematuhan syariah, perundangan dan aplikasi serta pembangunan produk inovatif. - KitaReporters


Pensyarah dan pelajar pascasiswazah dari KUIPs yang turut hadir di majlis ini.

10
10
0
5
0

Copy Link: