Hati-hati ambil tekanan darah tinggi. - Kredit foto: e-Gallery USIM


UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) meluaskan jangkauan khidmat komunitinya melalui penglibatan dalam siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober 2022 lalu di sekitar bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Antara penglibatan USIM dalam siri jelajah ini adalah program outreach ‘KPT Prihatin Komuniti Sejahtera’ anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Fakulti Pergigian USIM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang diadakan di Kampung Orang Asli Panchor, Rompin, Negeri Sembilan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Jelajah Asiprasi Keluarga Malaysia

Kerusi roda untuk ringankan OKU Orang Asli


Seramai 40 staf dan pelajar Fakulti Pergigian melakukan rawatan tampalan dan cabutan gigi secara percuma, selain pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah dengan melibatkan kira-kira 300 penduduk kampung tersebut. 

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain yang diadakan seperti permainan mini sukaneka, pertandingan mewarna, sumbangan kit oral dan ziarah rumah.

USIM turut menyumbangkan 6 buah kerusi roda, serta melawat 8 pesakit Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan menyumbang lampin pakai buang dan susu nutrient kepada mereka.


Kredit foto; e-Gallery USIM


Menurut John Baharyn ketua masyarakat Kg. Orang Asli Panchor, “program komuniti sejahtera yang diadakan sempena JAKM ini wajar diluaskan ke kampung-kampung lain yang berdekatan kerana ramai penduduk mendapat manfaat yang baik. 

"Saya mewakili penduduk Kg. Orang Asli Panchor, pihak kami mengucapkan terima kasih kerana telah memilih perkampungan ini sebagai lokasi jelajah komuniti prihatin," katanya.


Terima kasih untuk segala-galanya.


Sementara itu, dalam satu kenyataan Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM, Naib Canselor USIM, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani (gambar atas, tiga dari kiri) yang turut hadir dalam lawatan tersebut berkata, “Sesuai dengan hasrat ‘USIM Cemerlang USIM Disayang’, pihak USIM begitu berbesar hati dapat terlibat dalam menyumbang kepakaran dan pengetahuan kepada masyarakat setempat. 

Diharapkan, dengan sumbangan ini, USIM mendapat tempat di hati masyarakat dan program-program sebegini diteruskan pada masa-masa akan datang.

Hadir sama dalam lawatan ialah Pendaftar USIM, Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Dekan Fakulti Pergigian USIM; Dr. Ainudin Yushar Yusof serta Ahmad Muzaffar Ahmad Bakri, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Governan IPTA, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT). - KitaReporters


6
10
0
9
0

Copy Link: