Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Enforcement Leadership and Management University (ELMU) mengukuhkan jalinan kerjasama untuk memperkasakan bidang pendidikan tinggi di Malaysia dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Kampus ELMU, Bandar Enstek pada 7 Oktober 2024 baru-baru ini.

Pada majlis menandatangani MoU tersebut USIM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, manakala ELMU diwakili Naib Canselor Datuk Dr. Kassim Noor Mohamed.




Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas peluang kerjasama ini yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua universiti. 

MoU ini memfokuskan kepada bidang undang-undang dan akan diterajui Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM. Antara bidang kerjasama yang akan diberi penekanan ialah penyelidikan, akademik, penerbitan, serta pertukaran kepakaran kakitangan akademik.

“Saya yakin ia akan memberi impak besar kepada perkembangan pendidikan tinggi dalam negara kita. Kerjasama ini terjalin selepas lawatan hormat pihak USIM ke ELMU pada 10 September 2024. 

"Walaupun pertemuan tersebut singkat, kedua-dua universiti sependapat bahawa usaha kolaborasi ini perlu dilaksanakan dengan segera bagi manfaat ummah sejagat,” ujarnya lagi.

Kerjasama ini diharapkan dapat membawa manfaat besar dalam mengukuhkan pendidikan tinggi khususnya dalam bidang undang-undang, di samping menyokong aspirasi kerajaan untuk memperkasakan sinergi antara universiti awam dan swasta. - KitaReporters/USIM


11
8
0
7
0

Copy Link: