Smart dan menyeronokkan! SK Rantau Panjang hasilkan mural! Tingkat konsep pembelajaran luar darjah!
Published byLukisan mural bersaiz besar turut dilukis pada dinding bangunan utama SKRP yang menarik perhatian ramai.
MENYAHUT saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kini Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang (SKRP), Klang, Selangor, menjalankan konsep pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang menyeronokkan bagi murid.
Langkah itu juga selaras PLBD untuk menjadi suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti itu berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong serta mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah yang merangkumi persekitaran pembelajaran progresif.
Guru Besar SKRP, Hazi Kadir, berkata bagi mencapai matlamat itu pihak sekolah beliau membuat 11 lukisan mural bersaiz besar untuk menarik perhatian murid dalam mata pelajaran Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Sejarah, Moral dan Pendidikan Jasmani.
Hazi Kadir bersama murid SKRP di depan dinding mural yang berkaitan maklumat sejarah.
Sebagai contoh jelas Kadir, dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) pembelajaran sejarah tahun empat, dilukiskan mural gambar wajah 10 Perdana Menteri yang pernah dilantik di Malaysia.
Menurutnya, dalam sesi pembelajaran guru akan membawa murid kelas mereka untuk melihat lukisan mural Perdana Menteri berkenaan untuk menerangkan atau berbincang mengenai peranan tokoh pemimpin utama negara itu.
“Pembelajaran
ini akan berlangsung dalam suasana santai apabila murid berada luar bilik
darjah dan sudah pasti melahirkan keseronokan kepada mereka untuk mentelaah
pelajaran.
“Selain itu lukisan mural ini yang hanya mengambil masa sebulan sahaja untuk disiapkan menjadi konsep dua dalam satu sebagai sumber pembelajaran dan menceriakan sekolah,” ujarnya.
Seorang guru Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang (SKRP), Klang, Selangor menerangkan sesuatu kepada muridnya mengenai mural Perdana Menteri Malaysia.
Lukisan mural SKRP itu adalah hasil lukisan dua pelukis profesional iaitu Akhmal Asraf dan Mohamad Syafiq. Mereka memang pelukis sepenuh masa dan hasil kerja amat berkualiti serta memang cantik.
Lukisan mural mereka itu dilukiskan pada dinding utama SKRP serta sudut yang berkaitan tempat pembelajaran.
Mereka menggunakan cat yang berkualiti tinggi supaya boleh bertahan lama serta tahan pada cuaca. Konsep lukisan mural itu juga amat menarik kerana banyak menerapkan nilai ilmu, sebagai contoh memupuk minat murid kepada melukis serta bercita-cita menjadi pelukis.
Hazi berkata, sebagai contoh lukisan mural itu dilukis pada dinding makmal sains, bilik RBT dan sebagainya iaitu lokasi yang memang menjadi tumpuan utama dan dapat dilihat dari jalan besar dis amping mendapat reaksi amat baik daripada ibu bapa serta pelawat apabila mereka berasa sangat teruja selain menjadi tempat mereka berswafoto ketika masuk ke kawasan sekolah.
Seorang guru SKRP menerangkan peranan Perdana Menteri berpandu mural bagi meningkatkan kefahaman murid dalam proses pembelajaran.
Beliau menjelaskan, tujuan utama lukisan mural itu adalah bagi menarik minat murid mengikut pembelajaran terutama sejarah yang menjadi subjek wajib lulus pada peringkat Sijil pelajaran Malaysia (SPM).
Katanya, walaupun kini mereka masih dibangku
sekolah rendah tetapi menanamkan budaya pembelajaran sejarah pada peringkat seawal
sekolah rendah pasti memberi impak besar terutama membuka minda mereka.
Selain itu, menurutnya, langkah itu juga merujuk pada DSKP adalah menjadi asas rujukan buat guru dalam menjalankan pembelajaran di sekolah, dengan menjadikan lukisan mural dengan menerapkan konsep berkenaan supaya pembelajaran menjadi menarik, mudah difahami serta pasti menjadikan murid teruja.
Hazi menunjukkan mural Perdana Menteri Malaysia yang menjadi sumber rujukan pembelajaran murid SKRP.
TambahHazi, usaha kreatif SKRP itu menjadi viral banyak sekolah dan bertanya terutama untuk mendapatkan maklumat pelukis berkenaan apabila berhajat menjemput untuk menghasilkan lukisan mural di sekolah mereka pula.
“Paling menggembirakan saya apabila terutama ibu bapa menganggap usaha murni ini sebagai nilai tambah yang berkesan bukan sahaja menjadikan pemandangan sekolah cantik serta menarik minat murid untuk rajin hadir ke sekolah.
“Ia juga membuktikan konsep ini amat berkesan bagi menjadikan pembelajaran lebih bermakna serta berkesan kepada murid disamping kadar minat murid ke sekolah juga meningkat berdasarkan jumlah kehadiran yang direkod,” ujar Hazi lagi. - KitaReporters
Mural yang berkaitan dengan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani.